View: 10290|Reply: 104
|
[Tempatan]
Baru umur 14 tahun dah pandai lari ikut suami orang
[Copy link]
|
|
Remaja 14 tahun lari ikut suami orang
Hadzlihady Hassan
[email protected]
BOSAN kerana mendakwa dikongkong ibu dan bapa tiri membuatkan seorang remaja perempuan melarikan diri bersama teman lelakinya yang juga suami orang sejak hujung Oktober lalu.
Bagaimanapun, remaja berusia 14 tahun berjaya ditemui polis bersama teman lelakinya berusia 22 tahun di Kuala Lumpur, awal pagi semalam, dan kedua-dua mereka dibawa pulang ke negeri ini.
Pada masa sama, lelaki terbabit direman untuk siasatan manakala remaja perempuan pula dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.
Terdahulu, pada 31 Oktober lalu, ibu kepada remaja perempuan membuat laporan polis selepas anaknya tidak pulang ke rumah mereka di Bayan Lepas.
Dalam laporannya, wanita berusia 39 tahun mendakwa anaknya keluar dari rumah jam 2.30 petang 30 Oktober dengan memberitahu mahu membeli makanan.
Bagaimanapun, anaknya didapati masih tidak pulang sehingga keesokan harinya dan wanita terbabit kemudian membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatan anaknya.
Menurut sumber, susulan laporan itu, polis melakukan siasatan dan merakam percakapan rakan kepada teman lelaki remaja perempuan berkenaan yang memberitahu ada menemui mereka pada 4 November lalu di Bukit Jambul, namun terputus hubungan selepas itu.
“Polis turut menemubual guru dan rakan sekelas serta mendapati remaja perempuan itu turut mempunyai masalah disiplin.
“Malah, remaja itu juga pernah memberitahu rakan sekelas yang dia mahu lari dari rumah kerana tidak tahan dengan sikap ibu serta bapa tiri yang suka mengongkong,” katanya.
Sumber berkata, ibu mangsa kemudian tampil membuat laporan polis pada 11 November selepas dihubungi teman lelaki anaknya yang meminta memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun untuk perbelanjaan mereka.
“Ibu mangsa tidak memasukkan wang seperti diminta dan suspek kemudian menghubungi isterinya, Sabtu lalu, menggunakan telefon dipinjam daripada seorang lelaki di Kuala Lumpur.
“Isteri suspek memaklumkan kepada polis berhubung panggilan itu dan kedua-dua mereka berjaya dikesan ketika berada di Stesen LRT Masjid Jamek kira-kira jam 1 pagi, semalam,” katanya.
Menurutnya, suspek yang tidak mempunyai anak kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 November 2019 @ 4:09 PM |
|
|
|
|
|
|
|
umur 14 tahun dah pandai ikut jantan
aku dulu baya ko dik duk merengek celah mak bapak ajak pergi disneyland je tahu
nak bercintan cintun tak reti
|
|
|
|
|
|
|
|
dah agak mesti ada yang bandingkan dgn diri sendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcmana boleh bercinta dgn suami orang tu?
Ish..
Nasib bini bg maklumat skali..
Hanat punya jantan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila suami orang berperangai kebudak-budakan. Tahniah isterinya sekolahkan suaminya melalui polis. Tak terkata baca artikel ini. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa ditulis suspek takda anak,dah anak 2 org pon..my doter's friend, wife diaa...
|
|
|
|
|
|
|
|
awanearisu: Bila suami orang berperangai kebudak-budakan. Tahniah isterinya sekolahkan suaminya melalui polis. Tak terkata baca artikel ini. Dah suami org pun umo 22
|
|
|
|
|
|
|
|
Y ni lawak,ko dah nak lari drpd rumah,cut the ties laa drpd mak pak tiri tu terus..ni tak,y pmpuannya mtk duit belanja,y jantan pun mtk duit drpd bini..spesis bewak ni jantan.. |
|
|
|
|
|
|
|
2 2 bodo
Yg betina, dah tentu2 dah kena toron, esok2 bunting beranak cmpak anak dlm longkang
Yg jantan, puas sekejap dpt pancut 2mnt
.,esok2 mereput dlm lokap kes rogol bawah umur. |
|
|
|
|
|
|
|
leeya.ellow replied at 20-11-2019 09:49 AM
kenapa ditulis suspek takda anak,dah anak 2 org pon..my doter's friend, wife diaa...
Really?
Mcm mana lah suami kwn anak u boleh terjebak dgn budak bwh umur ni..
Adui..
Klu kt luar negara dah auto charge rape walaupon both suka sama suka..
Sbb melibatkan underage |
|
|
|
|
|
|
|
salmon-suki replied at 20-11-2019 10:58 AM
Y ni lawak,ko dah nak lari drpd rumah,cut the ties laa drpd mak pak tiri tu terus..ni tak,y pmpuanny ...
Yg i baca..
Si jantan tu yg called mak gf dia minta bank in duit utk belanja dorang berdua..
From there the mother called his wife..and the wife reported to police and traced them both.. |
|
|
|
|
|
|
|
Gatai bijik merenyam
Meluat |
|
|
|
|
|
|
|
Br 14, sama ank pompuan aku
Nak ber bf pun cari la yg berjenis skit
Ni sengkek last2 mintak duit kat mak |
|
|
|
|
|
|
|
Haha bongok nak lari pastu mintak duit belanja. What a loserrr |
|
|
|
|
|
|
|
Dah la larikan anak orang, ko minta pula duit belanja dari bakal mak mertua
bengong
|
|
|
|
|
|
|
|
Birahnya ko dik. Dgn laki sengkek plak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
pinksarah replied at 20-11-2019 07:05 PM
Yg i baca..
Si jantan tu yg called mak gf dia minta bank in duit utk belanja dorang berdua..
OH ek?hahaha..aiolzs is blur..nmpknye kne baca lagi skali laa ni..apooooo |
|
|
|
|
|
|
|
abang dulu umur 14 baru pandai curi curi tengok katalog Avon ..tu pun tengok kt mukasurat hujung2 |
|
|
|
|
|
|
|
Jagendas replied at 20-11-2019 08:07 PM
abang dulu umur 14 baru pandai curi curi tengok katalog Avon ..tu pun tengok kt mukasurat hujung2
Hahaha katalog avon mukasurat ujung tu meols bagi adik lelaki umo 4 thun biar dia diam tak kacau meols buat keje sekolah. Bila da tua ni ngeri lak bila pikir. Ye la zaman tu xde tab. |
|
|
|
|
|
|
|
bodohnya ko dik nk lari ngn bf yg sma sengkek siap mntak duit dr mak ko n bni. yg bf dah jd suami org ko dah knapa nk bwk lari ank org bwh umo ni. bni kt rumah jd mesin atm je ke. eii xleh brain lah !!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|