Sekiranya anda ingin mencari maklumat mengenai kaum Cina Malaysia, muka surat pertama dalam carian adalah Wikipedia berkaitan 'Malaysian Chinese'
Bagaimanapun, nampaknya ada pihak tertentu yang menyunting laman Wikipedia itu dengan kata-kata kesat.
Kredit foto: Carian Google / Sekadar Hiasan
'CINA ANJ*NG HARAM, JIKA TAK PUAS HATI JUMPA AKU S*ALLLLLLLL' kata tulisan tersebut.
Kredit foto: Twitter
Menurut portal World of Buzz, kata-kata kejian itu mungkin bertujuan untuk mewujudkan ketegangan antara kaum di negara ini.
Untuk makluman, Wikipedia adalah laman yang boleh disunting secara bebas oleh orang ramai.
Bagaimanapun, pihak yang tidak bertanggungjawab itu kini hampir dikenalpasti berikutan siasatan netizen yang mengenalpasti IP yang digunakannya.
Kredit foto: Twitter
Hari ini, Wikipedia tersebut juga telah disunting semula kepada kandungan asal dan kata-kata kesat itu telah dipadamkan. Kata-kata kesat itu juga tidak lagi muncul dalam carian Google 'Malaysian Chinese'.
Kredit foto: Twitter
Walaupun tujuan sebenar pihak itu tidak diketahui tetapi perbuatan seperti itu tidak sepatutnya dilakukan dalam mengekalkah keharmonian di antara kaum. - CARI |