Kebiasaannya, majikan ataupun orang atasan akan memerah keringat orang bawahan untuk menyiapkan sesuatu tugasan.
Kadangkala, pada waktu hujung minggu juga pekerja perlu menyiapkan tugasan perjabat meskipun gaji hanya dibayar untuk pada hari bekerja pada Isnin sehingga Jumaat.
Sumber Gambar: How Stuff Workd
Namun, lain pula yang terjadi terjadi di Indonesia, seorang pemuda bernama Torry (@Torriosh) telah berkongsikan gambar perbualannya menerusi aplikasi WhatsApp bersama majikannya.
Yang menariknya, dia dimarahi majikannya kerana bekerja pada hujung minggu, walhal Torry hanya menghantar email yang tidak memerlukan keringat dan tenaga yang banyak.
Bukan itu sahaja, majikannya turut membenarkan Torry bekerja dari rumah kerana cutinya sudah habis dan dia mahu melancong bersama keluarga ke Bali. Baik sangat ni!
Lain pula yang terjadi kepada sesetengah daripada kita yang seperti hidup hanya untuk bekerja. Kadangkala, apabila pekerja sakit ataupun mahu meminta cuti atas urusan luar, pekerja tersebut akan dianggap sebagai liabiliti dalam syarikat kerana jarang berada di pejabat.
Itu belum lagi mereka yang menganggap pulang lambat daripada pejabat adalah tanda seseorang itu bekerja keras dan akan disayangi majikan. Walhal, bekerja lebih masa adalah tidak sihat dan mengganggu produktiviti hidup anda.
Sumber Gambar: Collective Evolution
Hidup kita bukanlah hanya ditugaskan untuk bekerja dan menggembirakan majikan, sebaiknya seimbangkan hidup anda. Waktu bekerja adalah waktu untuk bekerja, manakala di luar waktu bekerja adalah untuk anda luangkan masa bersama keluarga dan diri sendiri. Sayangi diri anda! - CARI |