Anda pasti sudah seringkali mendengar tentang burger McDonald's yang tidak mereput, namun tidak diketahui sejauh mana kebenarannya, bukan?
Kredit foto: carian internet
Kali ini, seorang lagi lelaki dari Iceland mendedahkan burger McDonald's yang dibelinya pada 2009 kini sudah mencapai usia 10 tahun.
Lelaki yang dikenali sebagai Smarason itu mendakwa dia membeli sebiji hamburger dan kentang goreng Mc Donald kali terakhir sebelum kesemua rangkaian restoran makanan segera itu ditutup di Iceland pada tahun 2009.
Menurutnya, dia ingin menjalankan uji kaji sendiri untuk mengetahui sekiranya benar dakwaan sesetengah pihak bahawa makanan Mc Donald tidak mereput, justeru Smarason yang merupakan peminat tegar McDonald's membuat keputusan untuk menyaksikan sendiri.
Pada mulanya, burger dan kentang goreng itu disimpan di dalam beg plastik di garajnya sahaja. Kemudian selepas tiga tahun, Smarason mendermakan makanan itu kepada Muzium Kebangsaan Iceland.
Walau bagaimanapun selepas tiga tahun, pihak muzium pula membuat keputusan untuk tidak menyimpannya lagi dengan alasan mereka tidak mempunyai alat dan bahan untuk mengawet makanan bagi disimpan di muzium.
Smarason menyatakan pihak muzium sebenarnya tidak perlu mengawet makanan itu kerana burger itu nampaknya telah pun terawet dengan sendiri.
Selepas 10 tahun. - Kredit foto The Sun
Burger Mc Donald's itu kemudian dipindahkan ke sebuah hostel, Snotra House untuk pameran, sebelum akhirnya berbalik kepada Smarason, iaitu tuannya semula.
Burger dan kentang goreng itu langsung tidak berkulat walaupun selepas 10 tahun! Sungguh menakutkan.
Sumber petikan dari The Sun.
Agak-agak apa dah jadi di dalam perut kita semua ya? Mungkin sudah tiba masanya kita beralih pada makanan sihat dan meninggalkan makanan segera. - CARI
McDonald's is to close its business in Iceland because the country's financial crisis has made it too expensive to operate its franchise. The fast food giant said its three outlets in the country would shut - and that it had no plans to return
After the financial crash of 2008, the one McDonald’s restaurant in Reykjavik left town. It was not very established in the first place as the local burger chain, Hambórgarabúllan, was so popular that people basically boycotted the foreign chain. Now there are a number of great places to get a burger in Iceland.