View: 1939|Reply: 4
|
Che Ta Tak Kisah Busana Kuningnya Disamakan Dengan Big Bird, Pulut Kuning Bertin
[Copy link]
|
|
Anugerah berprestij Anugerah Skrin 2019 telah pun melabuhkan tirainya pada Jumaat lepas. Rata-rata kemenangan pada malam itu yang berpihak kepada pelakon veteran seperti Faizal Hussein, Amyza Adnan, Nabila Huda dan lain-lain menimbulkan rasa puas hati pasa semua pihak.
Pun begitu, walaupun banyak kisah menyeronokkan yang terjadi pada malam itu, ada juga topik-topik 'buruk' yang menjadi buah mulut netizen. Antaranya adalah busana yang dikenakan Che Ta.
Kredit foto: Instagram
Gaun kembang berwarna kuning terang itu telah disamakan dengan kartun 'Big Bird' dan juga pulut kuning bertingkat oleh netizen. Namun, Che Ta tidak marah dan tidak kisah langsung dengan kata-kata orang ramai itu.
Kredit foto: Instagram
"Saya sudah masak dan faham dengan perangai netizen yang mudah terhibur dengan perkara sebegini.
“Saya tidak kisah dan tidak ambil serius pun dengan perkara itu. Sekali pandang, memang ia kelihatan serupa, tetapi tetap tak sama.
“Sebaliknya, saya menganggapnya sebagai sesuatu yang lucu. Saya yakin, ramai juga yang terhibur dengan kegigihan mereka menggabungkan gambar saya dan (karakter) burung itu dalam kolaj,” katanya kepada BH Online.
Pelakon wanita itu turut menambah bahawa adalah susah untuk menghasilkan gaun yang cantik dan unik, jadi dia sangat menghargai usaha keras para pereka fesyen di luar sana.
Kuningnya Che Ta ooi. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
confident sambil humble bragging "sekali pandang mmg serupa tapi ia tetap tak sama"
hihihihihi |
|
|
|
|
|
|
|
Dah dia selalu dikritik macam tu dah lali maka tak ambil pusing dengan kata orang |
|
|
|
|
|
|
|
{:yameteh{:yameteh{:freak{:freak{:laugh{:laugh cik ta, cik ta |
|
|
|
|
|
|
| |
|