Untuk tahun 2019 ini, kontroversi melibatkan Syafie Naswip dan bekas tunangnya iaitu Aishah Azman merupakan antara cerita yang paling kecoh diperkatakan oleh warga netizen.
Mula heboh apabila Syafie dikhabarkan telah ditahan oleh pihak polis kerana bertindak kasar terhadap wanita itu.
Bagaimanapun, Aishah membela dirinya dengan mengatakan lelaki untuk bengang apabila isu hubungan songsangnya telah diungkit.
Kredit foto: Blog
Kisah ini nampaknya sudah selesai selepas kes polis Syafie dilabelkan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (TTL) kerana kekurangan bukti dan Aishah juga kelihatan bahagia dengan rezekinya dalam bidang lakonan.
Walaupun sudah kembali tenang tetapi semasa kes ini berjalan, nama Syafie menjadi sedikit buruk. Bukan sahaja cerita dirinya terbongkar pada masyarakat umum bahkan kisah ahli keluarganya turut ikut terseret sekali.
Kredit foto: Instagram
Nampak gayanya, Syafie sepertinya tidak mampu untuk melupakan segala peristiwa buruk itu. Menerusi IG Story yang dimuat naiknya, lelaki itu menyatakan bahawa dia tidak akan memaafkan pihak Aishah serta netizen yang melemparkan kata cacian kepadanya.
Kredit foto: Blog
Syafie mungkin msih terluka dengan kisah buruk yang dijaja oleh orang ramai tentang dia dan keluarganya. -CARI |