Elfira Loy berkongsi kegembiraanya di Instagram apabila berjaya menurunkan berat badan sebanyak 12 kilogram sewaktu berpantang.
Dia masih mempunyai baki 10 kg lagi untuk mencapai berat sasaran dan berasa sangat mencabar untuk mendapatkan berat badan ideal.
Foto: Instagram Elfira Loy
Dalam masa sama, netizen kebanyakannya meninggalkan komen tentang anaknya yang melakukan pemeriksaan buat kali pertama di Hospital Andorra.
Mereka juga masih tidak percaya yang Elfira kini sudah mempunyai anak dan semua mengatakan wajah anaknya yang comel itu mengikut iras suaminya, Faris Khairol Anuar.
Ada juga yang mengatakan Elfira seperti memegang adik sendiri kerana tubuhnya yang kecil itu dan begitu 'geram' melihat kecomelan anaknya,
Rata-rata netizen memuji kecantikan Elfira yang semakin jelita selepas melahirkan anak, Muhammad Rayyan Khalaf.
Seronok melihat keluarga sama cantik, sama padan ini. Comel sangat anak Elfira, mesti kacak macam bapanya besar nanti. - CARI
|