View: 1944|Reply: 5
|
Tonton Berita Kematian Sujith Wilson Sampai Tak Sedar Anak Lemas Dalam Tong Air
[Copy link]
|
|
Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun mati lemas dalam tong air di rumahnya di Tamil Nadu, India.
Kredit foto: Mirror
Memetik Mirror, ketika kejadian ibu bapa mangsa sedang menonton berita yang melaporkan kematian kanak-kanak lelaki yang maut selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi.
Revathi Sanjana dikatakan terjatuh ke dalam sebuah bekas air di dalam bilik air pada Selasa iaitu hari sama seorang lagi kanak-kanak, Sujith Wilson, 2, diumumkan meninggal dunia selepas terperangkap empat hari di dalam perigi.
Kredit foto: Mirror
Ibu bapa mangsa bergegas membawa kanak-kanak itu ke hospital sejurus mendapati tubuh mangsa berada di dalam bekas setinggi tiga kaki berkenaan.
Kanak-kanak itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia di hospital, lapor The Sun.
Kredit foto: Mirror
Sebelum ini, Sujith dilaporkan terjatuh ke dalam perigi sedalam 30 kaki pada Jumaat lalu ketika bermain berhampiran rumahnya di Tiruchirappalli di Tamil Nadu.
Namun, pada Ahad kanak-kanak itu melungsur lagi sedalam 70 kaki. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Kena tutup bekas air.. Memang bahaya..
Mesti ada adegan hantuk dahi |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kes sujith wilson tu mmg trajik.. dah la baya anak aku.. baca sikit ja, then aku tak sanggup... mcm kena rentap jantung rasa... |
|
|
|
|
|
|
|
Rumah n bilik air sheols macam bilik air typical Melayu Kebangsaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Borewell tu utk apa ya? Kenapa tak tutup sedangkan banyak suda kejadian yg berlaku di india yg serupa? |
|
|
|
|
|
|
| |
|