Anak kepada penyampai radio THR Gegar, Shah yang kembali bernafas petang semalam selepas disahkan meninggal dunia akhirnya kembali kepada pencipta-NYA.
Shah berkongsi mengenai berita duka tersebut menerusi kemas kini di laman sosial Instagram (IG)nya kira-kira jam 2 pagi.
“Innalillahi-wainnaillahi-rojiun…27.10.2019 – 31.10.2019 jam 2am…Kembalinya anak syurga, dia nak bersama keluarga dulu, Al-Fatihah,” tulisnya.
Aliff Khalifah yang dilahirkan tiga hari lalu (Ahad) di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, disahkan mengalami komplikasi pada jantung sebelah kiri.
Aliff yang dilahirkan normal semakin lemah pada hari kedua dilahirkan dan mengalami sesak nafas menjelang tengahari.
Keadaan tersebut menyebabkan doktor membuat keputusan untuk memasang mesin bantuan pernafasan untuk Aliff yang semakin lemah.
Namun pada jam 5 petang semalam (Rabu), keajaiban berlaku apabila Aliff yang telah disahkan meninggal dunia selepas mesin bantuan pernafasan dicabut, kembali hidup.
Kepada Shah dan isteri, Izyan Shazana takziah daripada Gempak.
Post time 31-10-2019 12:27 PMFrom the mobile phone|Show all posts
prizadane replied at 31-10-2019 12:20 PM
Kat gambar tu hospital sukhilmi, private la tu. Kalau gomen a bit strict weh kalau untuk discharge ...
Yup, betul.. Hospital gov memang strict sikit bab2 baby.. Even baby yg kena demam kuning pun, kalau tak betul2 dh turun, memang x dpt discharge.. Tambah2 lagi arwah baby ni da komplikasi jantung, memang akan d monitor selalu kalau kat hospital gov
Post time 31-10-2019 12:58 PMFrom the mobile phone|Show all posts
hzln replied at 31-10-2019 12:27 PM
Biasa lerrrr...modus operandi sepital swasta, seboleh mungkin taknak pesakit mati kat tempat depa, ...
Cilaka kan hospital ni. Selamba je discharged baby ni. At least buat la referral ke hospital gomen. Kesian baby ni... sebab tu iols opt beranak gomen. Teringat masa preggy anak 1st, iols nak beranak kat private..dah check up sampai 8 bulan lebih kat situ, sekali doctor tu kata iols high risk sebab ada asthma. Jadah dah nak beranak baru nak reject iols? Walhal iols dah declare awal-awal ada asthma... menghabiskan duit je check up situ
Post time 31-10-2019 01:02 PMFrom the mobile phone|Show all posts
tombong replied at 31-10-2019 12:53 PM
sebab artikel tu tulis lahir kat HTJ. tak make sense langsung gomen hosp discaj gitu je..private ...
Ke meninggal kat HTJ? Lahir kat private, discharge n then bila ada problem, depa laki bini bawa ke HTJ? Kadang reporter ni bagi info salah..tapi kalau betul doctor HTJ yang allow to discharge, mohon saman je. If private, pun saman je
Post time 31-10-2019 01:04 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Iols jenguk ig Shah ni tadi, betul la beranak kat sukhilmi tu. Bayar bil hospital dengan bitcoin gitu. Apa da reporter mentioned beranak kat HTJ. Kalau iols PR kat HTJ, iols saman reporter ni