foto: Berita Harian
"Kenapa bawa watak lelaki lembut, kena korban misai?"
Itu persoalan yang dilontarkan hos program, Hazeman Huzir mengenai berita Syafik Kyle yang disuruh membuang misainya demi mendalami watak.
Pertanyaan itu menjelaskan bahawa telefilem terbaharu yang sedang giat menjalani penggambaran itu tidak menepati situasi masyarakat sebenar.
Twitter
Ini kerana ramai yang bermisai, berjanggut hatta berbadan sado sekali pun sebenarnya adalah lelaki lembut. Bak kata Haze sendiri, "aku ada ja."
Hal ini menjelaskan yang produksi telefilem tersebut tidak membuat kajian terlebih dahulu sebelum membuat penggambaran.
"Nampak kan diorang tak research benda ni. Zaman2 lelaki lembut cukur misai ni zaman bila? Now lelaki lembut berjanggut berjambang bermisai badan sado padahal walaupon kelempok."
Google
Ada juga warganet yang mengingatkan watak Sam lakonan Imuda dalam Sitcom 2+1 yang juga bermisai. Itu pun di zaman 90-an, jadi mengapa masih ada yang terperangkap dengan stereotype lelaki lembut mesti muka comel?
Bagaimanapun, Syafik menjelaskan bahawa itu adalah kehendak watak dan perlu mengikutinya.
Jadi, diharapkan pihak produksi selepas ini membuat kajian yang lebih teliti supaya hasil karya tidak diperlekehkan.- CARI |