Pasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kurau melakukan operasi menyelamat seorang lelaki dikhuatiri terperangkap dan lemas dalam sebuah kereta akibat terbabas ke dalam parit di Jalan Kuala Gula, Kuala Kurau, Perak kelmarin. (19 Oktober 2019).
Kredit Foto - Sinar Harian
Jurucakap BBP Kuala Kurau berkata sebaik tiba di lokasi, beberapa orang anggota terjun ke dalam parit bagi mencari mangsa yang mungkin terperangkap. Malangnya mereka gagal menjumpai lelaki berkenaan dalam kenderaan itu.
Kredit Foto - Sinar Harian
Tiba-tiba ketika operasi sedang dijalankan, seorang lelaki berusia lingkungan 50-an tiba-tiba muncul di lokasi kejadian dan memaklumkan dia adalah pemandu serta pemilik kereta itu katanya memetik laporan Sinar Harian.
Rupa-rupanya, lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya keluar dari kenderaannya sebelum pulang ke rumah dengan dihantar rakannya.
Kredit foto: Sinar Harian
Malah beliau sempat membersihkan diri dan menukar pakaian sebelum datang semula ke lokasi untuk melihat kenderaannya yang hampir tenggelam.
Lelaki berkenaan memberitahu kenderaannya terbabas ke dalam tali air akibat cuba mengelak b@bi hutan yang melintas jalan.
Kesian abang bomba. Mesti suspen dan pelik bila tak jumpa mangsa tu kan? Apapun sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih pada anggota bomba yang bertungkus lumus berusaha mencari mangsa kemalangan itu.
Memang wajarlah anggota bomba dapat elaun khas Skim Perkhidmatan Bomba RM200 itu yang diumumkan kerajaan pada Belanjawan 2020 baru-baru ini.- CARI |