Susulan perceraian pelakon Fizo Omar dan Mawar Karim, pasangan itu sebelum ini mengumumkan akan menamatkan perniagaan restoran mereka, Fizo Mawar Kitchen (FMK) secara rasmi pada 27 Oktober ini. Dikatakan bahawa kepurusan itu adalah muktamad demi menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak.
Kredit foto: IG
Bagaimanapun, desas-desus mengatakan restoran itu tidak akan ditutup, betul ke?
Menurut beberapa sumber Sinar Viral, pelakon itu kini berbelah bagi selepas menerima ribuan mesej daripada pelanggan restoran itu menyatakan kesedihan kerana tidak lagi dapat menjamah menu kegemaran mereka di situ.
Ramai di antara mereka yang mahu Fizo meneruskan perniagaan itu dengan menjenamakan semula imej dan nama restoran tersebut. Ini disebabkan Fizo sebenarnya orang yang telah berusaha keras memulakan restoran tersebut termasuk menentukan menu yang ditawarkan.
Kredit foto: Carian Google
Pelakon itu menerangkan beliau sendiri yang mempelajar menu tersebut di Phuket, Thailand mempopularkannya di FMK menurut selera tempatan.
Nampaknya gossip tidak jadi tutup itu ada asasnya kerana status Instagram Fizo Omar yang terkini menawarkan untuk menjualkan perniagaan itu kepada sesiapa yang berminat dengan jaminan akan menurunkan resipi kepada pengurusan baru itu.
Adakah ini bermakna Fizo sedang mencari rakan kongsi baru?
Jika benar gosip ini, sangatlah dialu-alukan kerana masih sedikit perniagaan makanan artis yang berjaya menarik ribuan pelanggan tetap seperti FMK. Adalah rugi jika Fizo menamatkan restoran yang diusahakannya sejak awal.
Lagipun, jika Mawar berjaya dengan perniagaan tudung dan kain, apa salahnya seorang lagi artis Melayu punya perniagaannya sendiri?- CARI
|