Kredit Foto - Harian Metro
Isu yang sangat hangat diperkatakan di media sosial kita hari ini adalah tentang mereka yang suka body shaming. Tahukah anda bahawa perbuatan body shaming sebenarnya salah satu kesalahan jenayah siber?
'Body shaming' atau perbuatan mengejek fizikal seseorang di mana-mana perkhidmatan aplikasi adalah merupakan satu kesalahan jenayah mengikut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Seksyen (SKMM) 233 (1)(b).
Mereka yang membuat kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit (RM50,000) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Kredit Foto - Kementerian Kesihatan Malaysia
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia perlakuan mengejek, menghina, memalukan dan mengkritik orang lain berkenaan tubuh badannya boleh menjejaskan kesihatan mental mangsa.
Perbuatan tersebut akan memberikan kesan negatif kepada mangsa seperti stress dan gangguan emosi, hilang keyakinan diri, kecelaruan pemakanan, kemurungan serta perbuatan membunuh diri.
Kredit Foto - Du Beat
Ekoran itu, pihak polis memberi peringatan kepada orang awam melalui laman rasmi Facebook PDRM - jauhi budaya body shaming, sentiasa peka dengan sensitiviti rakan atau orang sekeliling kita.
Budaya body shamming ini tidak sepatutnya menjadi budaya kita apatah lagi jika anda tidak mahu 'kehilangan' RM50K dan juga 'tinggal' penjara. Semoga bermanfaat. - CARI |