View: 2816|Reply: 15
|
Bebas Berkreativiti Dengan Oppo Reno2, Gambar Bergoyang Pun No Hal Lah!
[Copy link]
|
|
OPPO, jenama peneraju telefon pintar terkemuka di dunia, hari ini melancarkan Siri Reno2 baharu di Malaysia, semalam.
Menambahkan lagi keterujaan pada majlis pelancaran ini, OPPO melantik bintang terkemuka seorang penyanyi dan pelakon, Jam Hsiao dan selebriti Malaysia, Neelofa sebagai duta rasmi Reno2.
Kata Neelofa, sebagai individu yang amat menggemari perjalanan dan pengembaraan, Reno2 adalah satu pendekatan baharu dalam menangkap detik-detik indah dan menghargainya buat selama-lamanya.
"Digabungkan bersama teknologi kuad kamera baharunya dan mod video ultra stabil, Reno2 membolehkan saya merakam pemandangan sekumpulan kanak-kanak sedang bermain di jalanan, gambaran air terjun yang mengalir perlahan dan bunga yang beralun ketika tiupan angin lembut dengan jelas,” kata Neelofa ketika majlis perasmian yang dilangsungkan di Nexus Connexion.
Sementara itu, Reno2 menyediakan Jam Hsiao saluran untuk berkreativiti tidak kira di mana sahaja.
“Reno2 amat sesuai dengan gaya hidup pantas saya yang membolehkan saya mengambil gambar dan merekod video dalam masa nyata dengan kejelasan dan definisi tinggi.
"Mod Video Stabil Ultra Reno2 juga mampu merekod video yang jelas dan stabil walaupun ketika melakukan gerakan dan tindakan," ujarnya.
Lebih menarik, OPPO kini memberikan lebih perhatian kepada Videografi berbanding sebelum ini.
Teknologi Mod Video Ultra Stabil peneraju industri OPPO ini meningkatkan kestabilan video membolehkan pengguna mengambil video yang stabil ketika berlari, bermain ski, papan luncur, berbasikal dan banyak lagi. Gambar bergoyang pun boleh dirakam dengan jelas!
Berminat? OPPO Reno2 boleh didapati pada harga RM2,299, manakala harga bagi Reno2 F adalah RM1,599 dan boleh didapati bermula 26 Oktober ini.
Atau anda boleh membuat pra-pesanan sehingga 25 Oktober di semua Kedai Konsep OPPO, kedai-kedai pengedar rasmi OPPO atau secara atas talian di Laman Sesawang Rasmi OPPO, kedai rakan e-dagang atau rakan kedai rangkaian OPPO iaitu Senheng, senQ dan DirectD. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
sedikit curiga bila tengok selebriti pakai phone lain selain iphone, kena pulak dengan hajah.
jujurkah deyoll dengan jenama yang dibawa? or sekadar jadi model ja, dalam handbag tersimpan iphone11? |
|
|
|
|
|
|
|
mahal x ni... da 4 thn rase hp x tukar.. mls nye nk tukar hp baru {:smile |
|
|
|
|
|
|
|
Pasalpa neoloppa pakai coat dan sweater?? sejuk benar ke?? Amooi sebelah tu relax aje pakai dress atas lutut |
|
|
|
|
|
|
|
Themilo replied at 16-10-2019 02:31 PM
sedikit curiga bila tengok selebriti pakai phone lain selain iphone, kena pulak dengan hajah.
juj ...
Tu lah...sama jgk dgn ct lijah, aydasebat, patahsayapmalam... |
|
|
|
|
|
|
|
Abot replied at 16-10-2019 03:03 PM
mahal x ni... da 4 thn rase hp x tukar.. mls nye nk tukar hp baru {:smile
Sama la dgn aku...mls nk tukar sbb rasa phonecskg ni masih lg blh guna utk call, msg, berforum... |
|
|
|
|
|
|
|
padahal belakang tabir pakai Iphone kn... |
|
|
|
|
|
|
|
samala..pakai xiomi note 4 je.. selagi leh pakai pakai jela.. mahal2 sgt kang rosak / hilang boleh botak pale..
|
|
|
|
|
|
|
|
mohon pihak oppo check beg tgn lopah
sila batal kontrak kalo pakai brand selain oppo |
|
|
|
|
|
|
|
Kahkah.
Gaji berjuta nak pakai oppo?
Kahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Oppo ni aku suka tgk iklan dia.. lawa gila.. |
|
|
|
|
|
|
|
scripted sgt text ucapan duta2 tu.. eww |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 16-10-2019 03:23 PM
Sama la dgn aku...mls nk tukar sbb rasa phonecskg ni masih lg blh guna utk call, msg, berforum...
kN.. rase xde sbb nk tukar.. kdg pelik dgn org yg heboh kjar hp bru.. |
|
|
|
|
|
|
|
Agak2 bila sheols pergi London Fashion Week etc sheols amik gambar kat front row tu pakai phone oppo ke?
Then nk selfie dgn retis2 top hollywood tu guna oppo ke?
Propaaa jah.. apa standard guna oppo.. sah2 guna Iphone.. |
|
|
|
|
|
|
|
Toksah beli la tepon2 melainkan beli utk guna lama. Harga drop gila babi. Wife aku beli vivo last year RM1200. Tgk kat kedai, depa nak ambil rm300 je..
iphone gak berbaloi2. |
|
|
|
|
|
|
| |
|