Lama menyepi di dunia hiburan, pelakon Miera Leyana baru-baru ini telah berkongsi beberapa keping foto beliau bercuti di luar negara.
Pernah terpalit kontroversi kerana menggayakan busana mencolok mata ketika menghadiri sebuah majlis, Miera nampaknya masih bertahan di dunia seni walaupun suam-suam kuku.
Nampaknya pelakon yang pernah membintangi filem Lebuhraya ke Neraka serta telemovie Memori Cinta Suraya ini nampaknya semakin cantik dan 'hot'. Rata-rata peminat memuji kecantikan Miera kerana gayanya yang kelihatan matang walaupun hanya berusia 26 tahun.
Wah, semakin jelita nampaknya. Pakai produk apa tu Miera? Kongsila sikit. - CARI
|