Datuk Siti Nurhaliza, 40, hari ini meluahkan rasa kesal di Instagramnya ke atas pelbagai pihak yang menyalahgunakan nama anaknya dalam perniagaan mereka.
Kredit foto: Khalifahmedia
Mengulas mengenai perbuatan itu, penyanyi tersebut mengatakan beliau sedar ramai akaun palsu Instagram menggunakan nama anaknya tanpa kebenaran.
Akaun-akaun itu berlindung di sebalik nama Aafiyah untuk menjual dan mempromosi pelbagai barangan tanpa izinnya.
Menurut Siti lagi, beliau dimaklumkan oleh peminat dan pihak pengurusannya berkenaan tindakan yang tidak bertangunggjawab oleh individu-individu itu.
Kredit foto: Instagram
'Saya menerima aduan dari peminat bahawa banyak akaun Instagram menggunakan nama anak saya untk menjual barangan walaupun bukan produk keluaran syarikat saya' kata Siti lagi.
Siasatan Mstar mendapati kebanyakan akaun-akaun itu memiliki pengikut yang ramai sehingga ada yang mencecah 200 ribu.
Kredit Foto: IG
Menurut Siti lagi, beliau berharap peminat tidak terjebak dengan penipuan tersebut dan berharap mereka berhati-hati terhadap penyamar yang menjual barangan di akaun tersebut. Beliau turut menggesa penjual-penjual barangan di Instagram supaya berniaga dengan jujur dan tidak menggunakan akaun palsu.
Kredit foto: Mstar
Untuk rekod, Siti Aafiyah adalah nama cahaya mata tunggal Siti Nurhaliza, hasil perkahwinanya dengan usahawan Datuk Seri Khalis Mohammad Jiwa pada tahun 2006.- CARI |