Pencarian Dewi Remaja 2019/2020 pasti akan menjadi lebih mencabar. Nama-nama finalis yang akan diumumkan pada Selasa nanti perlulah mempunyai ciri-ciri Dewi yang bijak mengendalikan mental dan emosi.
Memetik Harian Metro, Scha Alyahya berpesan kepada bakal finalis untuk sentiasa bijak menguruskan kontroversi yang perlu dihadapi kerana isu negatif tidak akan lari daripada kehidupan selebriti.
Foto: Instagram Scha Alyahya
Selain itu, mereka juga perlu tahu bagaimana untuk membuat pemasaran serta mengatur perancangan untuk memajukan diri sendiri.
Jika memilih mereka yang mempunyai kemahiran mental (IQ) tinggi sahaja tidak cukup, malah perlu seiring dengan kecerdasan emosi (EQ).
Sebagai juara Dewi Remaja 2005/2006, apabila dinobatkan menjadi Dewi pasti banyak mata akan memandang bukan sahaja dari segi personaliti, bahkan sudah tentu kehidupan peribadi.
Masalah utama masyarakat pula apabila memandang seorang Dewi itu dengan ciri-ciri yang sempurna. Oleh itu, tekanan yang dihadapi perlu diatasi dengan cara berhemah dan meninggalkan impak positif.
Buat Finalis Dewi Remaja, tolong persiapkan diri! Jangan menggelupor pula nanti dengan kontroversi bila sudah dikenali dalam industri. - CARI
|