Berang dituduh memasarkan produk kosmetik mengandungi merkuri, Syatilla Melvin menggesa peminat mencari siapa gerangan individu yang menuduh beliau menjual gincu bibir yang dikesan mengandungi bahan berbahaya itu.
Isteri kepada Shaheizy Sam itu juga nampaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah kepada individu tersebut dan menggesa individu tersebut mengemukakan bukti kukuh jika produk kosmetik keluarannya benar-benar mengandungi bahan berbahaya tersebut.
Berang dengan tindakan individu tersebut membuat khabar angin yang mungkin menjejaskan periuk nasi beliau, Tilla memberi amaran akan membawa perkara ini kepada pihak polis.
Namun, tidak sampai satu jam Tilla memuat naik post tersebut, individu tersebut dikatakan telah tampil membuat permohonan maaf atas tindakan melulu yang dilakukannya.
Dengan kapsyen berpagar #takutmukakenasagatlettew, Tilla menerima permohonan maaf dan berharap peristiwa itu tidak akan berulang kembali.
Syatilla Melvin bersama adik-beradiknya yang lain iaitu Syafiqa, Syifa dan Syida Melvin telah menjalankan perniagaan kosmetik yang diberi nama Kekasih.
Jika benar produk kosmetik mengandungi merkuri atau bahan merbahaya yang lain sila kemukakan bukti kukuh sebelum menyebarkannya di media sosial, kalau tak, lain pula jadinya! - CARI
|