Datuk Seri Adnan Abu, suami kepada penyanyi Adira menjelaskan kenyataan terbarunya ketika ditanya wartawan mengenai perceraiannya dengan penyanyi itu hanyalah gurauan.
Dalam kenyataan asal kepada sebuah portal berita Oh My Media, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red menafikan gosip mengatakan Adira akan menfailkan permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat.
Kredit foto: Carian Google
Dalam penafiannya, Datuk Red berkata beliau masih berhubungan baik dengan Adira, malahan baru sahaja mengadakan hubungan intim malam sebelumnya.
Kenyataan Datuk Red itu bagaimanapun dikecam hebat netizen yang merasakan ianya melampau dan membuka aib kerana bercerita mengenai kisah dalam kain mereka suami isteri.
Kredit Foto: CARI
'Kredit Foto: CARI
Kini Datuk Red memberitahu MStar bahawa kenyataan itu hanyalah satu gurauan kepada wartawan untuk cubaan mengaburi mata media terhadap kemelut rumahtangganya.
'Sebenarnya saya berpakat dengan Adira untuk menyembunyikan kisah cerai dari pengetahuan media, banyak hati yang saya perlu jaga, saya juga masih cuba untuk memujuk Adira' katanya lagi.
'Tak sangka bila kenyataan itu keluar, saya dikecam netizen yang tidak faham niat baik saya,' tambahnya.
Datuk Red juga menyatakan sebenarnya masih menyayangi Adira dan ingin mempertahankan perkahwinan mereka namun penyanyi Andai Takdir itu sudah tekad untuk berpisah.
Kredit foto: Carian Google
Mahkamah menetapkan17 Disember sebagai tarikh sebutan kes permohonan Adira atau Siti Adira Suhaimi, 28.
Pasangan ini berkahwin 3 Disember 2015 di Selatan Thailand di mana Adira adalah isteri kedua dan telah menimang 3 cahayamata.
Semoga urusan Adira dan suaminya dipermudahkan.- CARI |