View: 3710|Reply: 11
|
Biadab! - Kereta H Langgar Lari Sebab Nak Elak Tol
[Copy link]
|
|
Kredit foto: Twitter My_CrimeWatch
Satu video berdurasi 46 saat tular di media sosial yang menunjukkan sebuah Honda Jazz melanggar belakang sebuah kenderaan yang didakwa cuba mengelak daripada membayar tol.
Pemandu Honda Jazz tersebut dikecam teruk oleh warganet kerana sikapnya itu.
Malah segala maklumat mengenai pemandu Honda tersebut telah didedahkan oleh warganet termasuk rekod samannya. Kehebatan warganet memang tidak dapat disangkal lagi.
Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, kemalangan terbabit berlaku di Plaza Tol Elmina, Lebuhraya Koridor Guthrie jam 4.56 petang,
Siasatan awal mendapati Honda Jazz dipandu lelaki berusia 27 tahun dari lorong Touch N Go di sebelah kanan mengubah laluan ke lorong RFID. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan difahamkan Perodua Kelisa terbabit calar di bahagian 'bumper' akibat kemalangan itu.
Namun begitu, pemilik Perodua Kelisa berkenaan Mohd Syazme Mohd Ilias, 35 berasa kesal kerana pemandu Honda Jaaz tersebut tidak memberhentikan kenderaan untuk meminta maaf.
Beliau turut membuat laporan polis kerana kecewa dengan tindakan pemandu itu melarikan diri.
Macam-macam perangai pelik manusia zaman sekarang ini. Pakai kereta mewah tapi tak mampu pula nak bayar tol.- CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
duplicate thread...org dah berkuntum kat benang bawah nie
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1176788&highlight=honda |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa nye kete yang lari tol ni kereta klon... cuba check bebetul.. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi yang ni ada bank loan sangkut.. jarang kereta klon boleh loan bank
|
|
|
|
|
|
|
|
saman banyak, ansuran bulanan tertunggak, pastu ada warganet cakap driver ada kes pukul pak guard tahun 2016
|
|
|
|
|
|
|
|
nk byr tol takde duit. isi minyak ada pulak duit ko ye? ke sejenis g station minyak pastu curi minyak kete lain yg tgh isi? |
|
|
|
|
|
|
|
dia beli kete ada bajet untuk isi minyak je awak.. bayar ansuran n tol takde...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ooo ok.. sebab kat office aku ni lebih dari lima kereta kitaorang kene klon pastu PLUS dok call2 hantau surat bagitau kereta kitaorang lari dari toll nasin baik pertuduhan tu kitaorang ada bukti CCTV
|
|
|
|
|
|
|
|
apa susah pergi la cari kasi lunyai
baik sangat pun susah |
|
|
|
|
|
|
|
memang serious kes kereta klon ni.. kat pengerang/desaru ni, polis kejar kereta klon tu, sampai kereta klon tu terbabas masuk longkang sbb nak lari.. yg bongoknya, owner kereta klon tu pun polis (polis bantuan)
dlm masa berapa bulan je, polis & jpj rampas hampir 10 biji kereta klon kat area pengerang ni.. ada tu aku kenal pemiliknya.. siapa x goyang kalau org offer kau kereta jazz, wish, lancer gt, airtrek RM10-15K je.... tapi kalau fikir panjang, kalau kena sita & dakwa kat mahkamah, tak memasal..
ada 2 kereta kawan aku jadi mangsa klon gak.. 1 kereta honda es kantoi sbb geng2 H ni nampak kereta pakai no plet kwn aku kat tempat lain.. satu lg toyota wish kwn aku, cikgu org klate ngajar di jhr ; kawan dia kat klate call ajak lepak sbb nampak wish dia kat KB, pdahal dia kat jhr, menggelupur balik rumah cari kereta masa main badminton mlm tu, pdahal lepas maghrib, kereta masih ada lg kat umah, takkan kena curi, pukul 10 dah ada kat klate kan.. rupanya kereta klon pakai no plet dia
|
|
|
|
|
|
|
| |
|