Penyanyi Hafiz Hamidun, 35, mendedahkan suatu ketika dahulu beliau merasa sangat down berikutan isu rumahtangga.
'Masa itu saya rasa ingin down, rasa nak tidur sahaja sepanjang masa memikirkan tanggapan negatif masyarakat terhadap saya' katanya lagi.
Kredit foto: Carian Google
'Benda itu mengganggu saya, bukan sesuatu yang saya mahukan sehingga mengganggu kerja dan prestasi saya' tambahnya lagi.
Umum mengetahui, Hafiz yang dikenali kerana sering memberikan kata-kata motivasi pernah berkahwin dengan usahawan kosmetik Joy Revfa pada 1 Mei 2017 tetapi berakhir pada 25 Oktober 2017 berikutan pelbagai isu.
Memberitahu MStar semalam dalam sidang media pelancaran video klip Erra Fazira, Hafiz berkata beliau kini bahagia dan tidak mahu lagi dikaitkan dengan isu negatif.
Kredit foto: Carian Google
'Selepas isu perkahwinan itu, saya berazam untuk tidak mahu lagi dikaitkan dnegan isu-isu kontroversi' luahnya. Menurutnya lagi, beliau kini mahu menumpukan perhatian kepada diri, karier dan perniagaannya.
'Soal cinta bukan lagi keutamaaan' katanya menamatkan perbualan.
Kredit foto: Carian Google
Semoga berbahagia, dengarnya juga Hafiz sedang rapat dengan seorang wanita berstatus janda. Semoga tidak ada lagi kontroversi yang bakal menyusul.- CARI |