View: 6650|Reply: 23
|
Belum Puas Dengan Karier, Mimi Lana Tak Pernah Terlintas Nak Tumpang Nama Syafiq
[Copy link]
|
|
"Saya dan Syafiq belum lagi terfikir atau mempunyai hasrat untuk membawa hubungan kami ke peringkat yang lebih serius."
Mimi Lana menjelaskan dia masih belum puas dengan karier lakonannya dan mahu terus tingkatkan diri dalam industri.
Oleh itu, dia masih belum berhasrat membawa hubungannya dengan kekasih, pelakon Syafiq Kyle ke peringkat seterusnya.
Kredit foto: IG
"Dia sudah mempunyai nama dan sedang dikenali, lebih baik dia terus fokus. Saya juga sama, banyak lagi perkara yang mahu saya capai dan lalui untuk berada di tahap sepertinya.
"Saya idamkan untuk membawa pelbagai lagi watak bagi melengkapkan portfolio sebagai seorang pelakon," katanya kepada Gempak.
Dalam masa sama, Mimi menepis dakwaan yang menuduh dirinya menggunakan nama dan status Syafiq untuk menumpang populariti.
"Saya tak pernah terlintas untuk menumpang nama Syafiq atau meraih populariti dari perhubungan yang kami jalinkan. Sebelum ini pun, kami diamkan sahaja kasih yang terjalin.
"Namun begitu, saya memang merujuk dengan Syafiq dalam setiap aktiviti seni yang saya lakukan. Pengalaman yang dia ada semenjak berlakon bermula tahun 2011 saya ambil dan aplikasikan dalam kerjaya saya," jelasnya.
Kredit foto: IG
Tegas Mimi, dia hanya menjadikan kisah dan sokongan daripada kekasihnya itu sebagai pembakar semangat.
Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang. Tak begitu? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Membohongnya gambar atas tu Capik lagi tinggi dari Mimi |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni lawa
tapi kenapa nampak kepam
|
|
|
|
|
|
|
|
sian mimilana.......sapik buat sheols mcm chipsmore....dh la capik kata heols bosan tak mo bgndingan dgn mimilanak lagi......... |
|
|
|
|
|
|
|
diorg mmg sama tinggi sebab pernah jumpa live kat Rasta TTDI ...tapi masa tu aku tak kenal mimi lana...ada org bergambar dgn syafiq, mimi dok kat meja makan
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni dulu bukan ada kes dadah ke?
Ke didapati tak bersalah. |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar atas tu Capik tinggi banyak dari Mimi
|
|
|
|
|
|
|
|
Jawapan selamat mimi. Idok ler nampak nau dia terhegeh2 gituu.. |
|
|
|
|
|
|
|
matilanak..orang dok ship JannaKyle..
|
|
|
|
|
|
|
|
mimilana lagi berbakat kot |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by PocongTerbang at 8-10-2019 11:20 PM
puteribaya replied at 8-10-2019 03:54 PM
matilanak..orang dok ship JannaKyle..
Iols x faham yg ship janna dgn capik ni. Janna tu skrg ni pon dah takda selindung2,terus je tayang bf dia, nak ship untuk apa lagi? |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga ada movie/drama heols sheols berdua yang deep. Mesti best. |
|
|
|
|
|
|
|
Meols minat mimi berlakon.....tak per lah mimi...kalau jodoh tak kemana. Cumanya dimata meols capik macam tak serius....kesian pulak kat dik mimi nih..... |
|
|
|
|
|
|
|
xpe la mimi .. kejar la karier dlu .. klu dpt yg lebih baik .. go on . dorg both muda la .. blum tentu akan kekal .. bukan nak doa yg x baik cuma ...... perjalanan masih jauh .. hihi |
|
|
|
|
|
|
|
setiap kali percintaan / hubungan / sedara artis mmg ada kan artikel tak tumpang tak tumpang tak tumpang
Tasya Tak Tumpang Populariti Achey
Sufian tak tumpang populariti kakak
Tya tak tumpang populariti mentua
Tak Minat Tumpang Populariti Kakak, Fyna
Adam Lee tak mahu tumpang populariti sepupu
Bella Dally Tak Mahu Tumpang Populariti Suami
Irma Hasmi "saya tak tumpang populariti Nabil"
Fara Hezel Tak Tumpang Populariti Aiman Tino
Amar Baharin Nafi Tumpang Populariti Isteri
Syeriv Tidak Tumpang Populariti Shaheizy Sam, Syatilla Melvin
rajin plak aku menggoogle tak tumpang tak tumpang
kalau betul tak tumpang diam2 sudahlah
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus jawapan dia..idokler terhegeh2 dekat sapik..
usaha untuk diri sendiri dulu pening mimi |
|
|
|
|
|
|
|
Tumpang glamer pun ape shalahnyaa.. kalo aku jd gf capik pun aku tumpang jahh smbil royan kata tak tumpang.. bkn aku jah yg tumpang mak pak tuk nenek jiran tetangga pun aku tumpangkan skalikk.. kawin tak kawin brlakang kira yg penting glamer ko nyahhh |
|
|
|
|
|
|
|
motip iols terbc tajuk as "Mimilana belum puas dgan Syafiq Kyle" |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka tgok mimi lana ni.. pd aku dia cantik |
|
|
|
|
|
|
| |
|