CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2596|Reply: 10

[Tempatan] Melayu Bersemangat Nak Menulis tulisan JAWI tapi Bodoh Ilmu...nak ajar tulisan K

[Copy link]
Post time 7-10-2019 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Orang Bodoh YG Bersemangat

Ramai pihak berpendapat kesedaran kepada tulisan Jawi mesti dibuat berdasarkan ilmu dan digunakan dengan betul bagi mengelakkan penggunaannya menjadi bahan ketawa.

Semakan Malaysiakini mendapati terdapat penggunaan pelbagai aplikasi dan kemudahan terjemahan atas talian, yang kadangkala menghasilkan tulisan yang salah.

Antara ejaan yang salah itu termasuk ejaan nama "Malaysia" sendiri.

Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid ketika dihubungi Malaysiakini berkata keupayaan terbatas dalam penggunaan tulisan Jawi membuatkan orang ramai menggunakan aplikasi seperti Google Translate.

"Penggunaan Google Translate satu pilihan yang sementara kerana mereka tidak dapat lagi segera lagi memindahkan tulisan (rumi) itu kepada Jawi.

"Tetapi, sudah masanya saya fikir satu aplikasi yang mudah dan boleh berada di tangan semua pihak untuk kita kembali menggunakan tulisan Jawi dalam semua percetakan dan juga tulisan-tulisan yang kita rasa boleh kedepankan Jawi itu.

“Kalau tidak, ia akan mengambil masa yang lama," katanya.


Mohd Azmi Abdul Hamid
Oleh kerana perkhidmatan itu tidak mendukung alih huruf atau transilterasi tulisan Jawi, ada pengguna menterjemahkan perkataan dalam bahasa Melayu ke tulisan Arab.

Walaupun hampir sama, sistem tulisan Jawi sebenarnya berbeza dengan Arab dan mempunyai lebih banyak huruf bagi mendukung sebutan Melayu.

Menurut Cikgu Azmi, dalam hal ini Dewan Bahasa dan Pustaka diseru memainkan peranannya.

"Saya fikir dari segi menulis tulisan Jawi dengan sempurna terutama dari segi tatacara penggunaan dan ejaannya, institusi seperti DBP kena berperanan cepat.

"Jangan hanya tunggu institusi agama sahaja, sebab Jawi dilihat berkait agama,” katanya.

Kena tulis, kata Tan Seng Giaw

Sementara itu, veteran DAP, Dr Tan Seng Giaw pula berkata tulisan Jawi tidak akan dapat dikuasai jika hanya bergantung kepada aplikasi.

Katanya, ia harus ditulis sendiri, walaupun menggunakan papan kekunci.

"Tak boleh terjemah begitu, dia mesti guna keybord (papan kekunci).

“Dia kena menulisnya. Jawi ini istimewa, tulisan khas untuk orang Melayu dan bila kita terjemahkannya ia lebih mirip kepada bahasa Inggeris. Jadi, macam mana nak buat.

"Kalau kita nak terjemahkan tulisan jawi kita mesti ada pakar dalam bidang itu. Tapi dalam dunia hari ini mereka yang guna tulisan jawi tak ramai," kata bekas anggota parlimen Kepong yang boleh menulis dan membaca tulisan Jawi.


Tan Seng Giaw
Sementara itu, tinjauan rawak Malaysiakini mendapati terdapat pihak yang kecewa dengan penggunaan tulisan Jawi yang salah di sebalik keghairahan memperluaskan kembali penggunaannya.

‘Kelakar sangatlah nak baca’

Seorang pegawai kerajaan Selangor, Nora Ruslan, 45, berkata tindakan sesetengah pihak yang menggunakan aplikasi bagi membuat alih huruf rumi ke Jawi amat mengecewakan.

"Jika nak guna Google Translate, (tetapi) pastikan penggunaan bahasa yang betul. Jika tidak memang kelakar sangatlah nak baca dan faham.

"Ini kerana ada huruf dalam Jawi tidak ada dalam rumi, begitu juga sebaliknya," katanya kepada Malaysiakini.

Nora mengulas sikap orang ramai yang kemaruk dengan tulisan Jawi, namun menggunakan aplikasi terjemahan.

Bagi pekerja swasta Ahmad Fadli Mohd Nazari, 36, sikap itu amat memalukan, termasuk dalam Facebook yang mendukung kempen Utamakan Barangan Muslim (BMF) yang mempunyai lebih sejuta anggota.

"Dia eja Malaysia itu jadi Maleysia, (dengan huruf) mim, lam, alif, ya, sim, alif. Sepatutnya eja Malaysia, mim, lam, ya, sin, ya, alif.

“Kadang-kadang orang bersemangat nak buat sesuatu tapi bodoh ilmu. Itulah masalah hari ini,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-10-2019 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tak guna je sistem Tulisan Rencong???

Tulisan Rencong memang sistem Tulisan YG diciptakan khusus untuk Bahasa Melayu.

Tulisan Rumi Dan Arab bukan diciptakan untuk Bahasa Melayu Dan Tak mingikut lingustik Melayu.

Cuba pakar2 Budaya Dan Bahasa Melayu pertimbangkan Tulisan Rencong.

Ia lebih Mudah sebenarnya berbanding Jawi...Dan lebih Mudah penulisan berbanding rumi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2019 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Sistem penulisan Rencong lebih Mudah Dan laju....kenapa Tak guna Tulisan Rencong.

Tulisan Rencong lahir dari Lidah Penutur Melayu....bukan pinjaman dari tulisan berdasarkan lidah bangsa asing

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2019 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 03:39 PM | Show all posts
anjing bugis  menyalak kasihan paria sekor ni. kerja nak cari pasal dengan orang melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang bodoh kena bersemangat supaya cepat pandai
Kalau dh bodoh, semangat nk bljr pulak xdak
Mampus pun org x sedih.
Nora itu bodoh
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-10-2019 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 7-10-2019 03:39 PM
anjing bugis  menyalak kasihan paria sekor ni. kerja nak cari pasal dengan orang melayu.

Aku dah buat Kelas Tulisan Rejang Kat Board Borak tu...pegi belajar
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 05:18 PM | Show all posts
semua produk yg ada tulisan jawi ialah produk cina
sbb tu ejaannya kelakar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2019 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
iloveselangor replied at 6-10-2019 06:25 PM
Sistem penulisan Rencong lebih Mudah Dan laju....kenapa Tak guna Tulisan Rencong.

Tulisan Rencong ...

Tulisan neh x lawa langsung. Ai prefer tulih rumi jer. Set iban kadazan smua pon tulih rumi jer. Takde tulisan pelik2 yg x practical
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2019 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Bedah.Cun replied at 7-10-2019 06:51 PM
Tulisan neh x lawa langsung. Ai prefer tulih rumi jer. Set iban kadazan smua pon tulih rumi jer. T ...

Iban Ada tulisan sendiri la....
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
i mahu belajar jawi tetapi tulisan rumi i pun buruk ....i mampu tengok saja lah bukan tidak pernah mahu memcuba tetapi tiada masa dan cikgu mahu ajar ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.061842 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list