View: 3767|Reply: 33
|
Budak 2 Tahun Maut Dipukul Ibu Dan Teman Lelaki Sebab Tak Nak Makan Sosej
[Copy link]
|
|
Seorang ibu tergamak memukul anak lelaki sampai mati hanya kerana mangsa enggan memakan sosej.
Lapor Mirror, Elizabeth Woolheater memukul Anthony Bunn, 2, di rumah mereka di Kansas pada 4 Mei tahun lalu.
Difahamkan, Elizabeth berang apabila kanak-kanak malang itu enggan makan sosej sebelum teman lelakinya, Lucas Diel turut sama memukul mangsa.
Pasangan itu kemudian dikatakan memaksa mangsa makan sosej dengan menyumbat makanan berkenaan ke dalam mulut mangsa.
Apabila polis tiba sebaik menerima panggilan mengenai kejadian, mereka mendapati kanak-kanak itu mengalami beberapa kecederaan di kepala dan muka.
Anthony yang dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal dilaporkan meninggal dunia dua hari kemudian.
Selain patah tulang di beberapa bahagian tubuh, hasil bedah siasat juga mendapati mengsa mengalami pembengkakan pada otak.
Malah, doktor memaklumkan kanak-kanak itu terlalu kurus akibat kurang makan ketika mengesahkan kematiannya.
Selepas mengaku bersalah melakukan pembunuhan darjah kedua dan melakukan penderaan terhadap kanak-kanak, Elizabeth dijatuhkan hukuman penjara 19 tahun dan lima bulan pada Jumaat lalu.
Berkata kepada mahkamah, Elizabeth mengakui dia telah mengecewakan anaknya ketika dia memerlukannya.
"Saya mahu semua orang tahu bahawa saya menyayanginya sepenuh hati dan saya tahu perbuatan saya tidak boleh dimaafkan," katanya.
Diel yang pada mulanya mengaku tidak bersalah memukul kanak-kanak itu dijatuhi hukuman penjara 49 tahun atas kesalahan melakukan pembunuhan darjah kedua.
Sementara itu, datuk mangsa, Zak Woolheater mendakwa keluarganya mula mengesyaki mangsa didera selepas menemui kesan lebam dan parut pada tubuh cucunya pada Oktober 2017.
Kredit foto: Mirror
Walaupun mangsa dibawa ke hospital untuk melaporkan kecurigaan mereka terhadap penderaan kanak-kanak, peguam daerah itu tidak dapat mencari bukti yang cukup untuk membawa kes itu ke mahkamah. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tergamak la. Mohon dipukul jgk kedua nya dalam penjara nanti. Anak comel mcm tu pon sampai hati pukul. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau syg tkkan la kau oukul.. Dah sedap dapat laki kepam tu, terus lupa anak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah mati baru nak sayang bagai
Budak mmg la cam tu..tantrum...
Maknanya dia x cukup perhatian ko le tu..dok belek bola laki je ... |
|
|
|
|
|
|
|
Ank x nak mkn ko mkn sndiri x blh ke..ke ko dh kenyang mkn sosej boipren.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah la dipaksa makan sosej, didapat kurus sebab kurang makan pulak
kalau hidup lebih lama lagi la terseksa budak tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sian budak ni dapat mak mental |
|
|
|
|
|
|
|
mak dah sewel tengok sosej boipren..kesian budak comel tu |
|
|
|
|
|
|
|
heiiii klu syg xdenye bantai smpi mati bdk tu!bdk xnk mkn ko jelah mkn.lama x dpt sosej laki ke cane smpi sanggup wat mcm tuh |
|
|
|
|
|
|
|
hari2 kaau paksa anak makan sosej keee
padan la kurus tak cukup makan
|
|
|
|
|
|
|
|
Gilababi punya mak
Ni kalau kt msia mungkin terlepas dgn gembiranya |
|
|
|
|
|
|
|
agaknya anak tu dah bosan hari hari makan sosej itu yang bila tak nak makan dipaksa jugak sampai memukul mendera tu . sampai mati dikerjakan . eloklah mereput la korang kat penjara tu . |
|
|
|
|
|
|
|
Comel budak ni. RIP adik |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya..
semoga maknya & boipren dari neraka ni dibelasah sampai patah2 tulang & mampus..
tasanggup membayangkan siksa yg budak tu tanggung... |
|
|
|
|
|
|
|
keji nya mak dan BF.. menyayangi konon.. ptuihhh!!!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Sian budak ni. Dah lah mak pun psycho.
Dipaksa2 sgt anak tu.
Jawabnya smpi besar dia trauma dengan sosej.
|
|
|
|
|
|
|
|
klau mcm dodolgemok tu logik gak kena pukul... bdk comel gitu pun nak dipukul huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Sama je kesnya dimana2 pun di dunia ni kebanyakannya kalau mak dah dapat boipren baru tak da nya dia nak jaga anak dia elok2 macam dulu lagi. Anak akan selalu jadi punching bag je . Agaknya tiap kali tengok muka anak terus terbayang buka x laki tu yang ringan jer tangan kaki. |
|
|
|
|
|
|
|
comel budak tu.. apa la setan sangat mak dia |
|
|
|
|
|
|
| |
|