CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2849|Reply: 5

Penantian 6 Tahun Berakhir, Breaking Bad Kini Hidup Semula!

[Copy link]
Post time 7-10-2019 11:43 AM | Show all posts |Read mode
Setelah enam tahun siri popular Breaking Bad ditamatkan dengan episod Felina yang bersiaran September 2013, kini Vance Gillian bakal kembali untuk mengubat kerinduan para peminat siri ini dengan filem terbarunya, El Camino.


Kredit: Carian Google


Buat penggemar siri televisyen antarabangsa, Breaking Bad pastinya bukan satu nama yang asing selain Game of Thrones, The Walking Dead dan Stranger Things. Namun buat yang pertama kali mendengarnya, Breaking Bad secara ringkasnya merupakan sebuah siri berkisarkan kehidupan Walter White, seorang guru kimia di sebuah pekan kecil bernama Albuquerque. Beliau telah didiagnoskan sebagai penghidap barah dan kos rawatan bagi memanjangkan hayatnya memakan belanja yang sangat besar.


Menggunakan kepakarannya sebagai seorang guru kimia yang cekap, beliau telah berpakat dengan seorang anak muridnya, Jesse Pinkman untuk menghasilkan dan menjual dadah bernama Methamphetamine. Mereka bermula kecil-kecilan di dalam sebuah van RV yang kecil dan ringkas, dan siapa sangka usaha pertama mereka akan mengubah kehidupan mereka berdua sepenuhnya.


Kisah ini berpanjangan dari mereka menjual dadah Methamphetamine atau mereka istilahkan sebagai "Blue Sky" secara kecil-kecilan, hinggalah mereka mempunyai empayar mereka tersendiri.


Mereka juga perlu menghadapi beberapa kekangan seperti musuh dalam pasaran yang sama dan ancaman dari agensi pencegah dadah yang dikepalai oleh abang ipar Walter White sendiri, iaitu Hank Schrader.



Kredit Gambar: Carian Google



Siri ini mula disiarkan pada Januari 2008 dan berakhir lima tahun selepas itu, iaitu September 2013, ia menerima rating yang sangat baik dengan 9.5/10 di iMDB dan 96% pada Rotten Tomatoes. Sesetengah media antarabangsa juga menamakan Breaking Bad sebagai siri TV terbaik sepanjang zaman.


Menjelang Oktober 2019, pencipta siri TV ini kembali dengan El Camino yang mengisahkan kehidupan Jesse Pinkman, dibintangi oleh Aaron Paul sejurus selepas apa yang terjadi terhadapnya selepas episod terakhir Breaking Bad, Felina. Filem ini akan mula disiarkan 11 Oktober 2019 di siaran online Netflix. Jangan lupa tonton! - CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2019 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Woww.. leh tgk nih
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2019 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
So excited to watch this
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 08:49 AM | Show all posts
me too! can't wait! suka gilerrrrrr series ni! siap order tshirt lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2019 05:02 PM | Show all posts
Wah menarik
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2022 10:35 AM | Show all posts
Best tak cuolls?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.060379 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list