Susulan temubual berani Rihana Oksana Petra dengan sebuah akhbar tabloid UK minggu lalu, kini akhbar DailyMail UK pula mendakwa ada sumber dalaman memberitahu mereka mengenai punca keretakan perkahwinan model Rusia itu dengan Sultan Kelantan.
Kredit foto: DilyMail UK
Akhbar itu mengatakan sumber dalaman mereka memberitahu punca utamanya ialah penyebaran besar-besaran majlis resepsi mereka kepada media Rusia oleh pihak pengantin wanita sedangkan Sultan telah menegaskan lebih awal bahawa Baginda menginginkan sebuah majlis yang tertutup dan ringkas tanpa media.
Kredit foto: DailyMail UK
Menurut sumber itu lagi, Baginda menjangkakan majlis yang diadakan pada November tahun lepas itu hanyalah akan dihadiri oleh beberapa rakan-rakan dan ahli keluarga terdekat, bagaimanapun Baginda dikatakan terkejut dengan kehadiran ramai media dan turut diiringi persembahan nyanyian dan hiburan.
‘Baginda terus berubah wajah dan tidak selesa sepanjang majlis tetapi menurutinya sehingga selesai’ kata sumber DailyMail itu lagi.
 Kredit foto: Daily Mail
‘Lebih memburukkan keadaan gambar-gambar dan video itu mula tersebar meluas di media massa sehingga ke Malaysia dan menyebabkan hubungan itu renggang selepas Baginda kembali ke negaranya Disember itu’ kata sumber itu lagi.
Sumber itu memberitahu bahawa penyebaran maklumat penglibatan Rihana dengan pakaian serba mendedahkan dalam sebuah siri realiti TV dan gambarnya sedang memegang minuman keras dengan pelakon Elisey Polischuk, 29, juga memburukkan keadaan.
Kredit foto: DailyMail UK
Walaupun rakan-rakan Rihana memberitahu akhbar bahawa Sultan mengetahui kehidupan silam model itu sebelum berkahwin, sumber dalaman itu menafikan sekeras-kerasnya.
‘Sultan tidak tahu mengenai video di kolam mandi itu, sekiranya Baginda tahu, Rihana tidak akan dipersunting kerana tidak layak jadi Permaisuri ’ kata sumber dalaman itu lagi.
Kredit foto: DailyMail UK
‘Perkahwinan mereka kemudian retak dan Rihana diberi tawaran lumayan tetapi ditolaknya. Rihana juga menolak permintaan ujian DNA sebanyak dua kali malahan menamakan bayinya Leon, menyerupai nama teman lelakinya Leonid Zasukhin ’ kata sumber itu lagi.
Bagaimanapun semua dakwaan ‘sumber dalaman’ itu dinafikan oleh pihak Rihana malahan wartawan akhbar DailyMail yang ada melihat gambar Leon mengesahkan bayi itu mirip wajah rakyat Malaysia.
Persoalannya, siapakah 'sumber dalaman' akhbar tabloid tersebut dan adakah maklumat yang disampaikannya kepada DailyMail UK sahih? - CARI |