Pusaran angin berwarna merah jambu yang kelihatan di Rapid Pengerang, Johor. Kredit foto: Facebook / We Are Malaysians
Kemunculan pusaran angin aneh yang berwarna merah jambu di sekitar kawasan Rapid Pengerang, Johor menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen selepas rakaman video kejadian itu tular melalui media sosial.
Video yang dirakamkan oleh seorang pemandu itu turut disiarkan oleh laman Facebook 'We Are Malaysians' pada 30 September lalu.
Berdasarkan keterangan pada status Facebook tersebut, kejadian aneh itu dirakamkan pada 29 Oktober 2019.
Pusaran angin yang kelihatan seperti asap tebal itu kelihatan menjulang ke udara dan menyebabkan pemandu kenderaan terbabit menghampirinya mungkin kerana didorong oleh perasaan ingin tahu.
Asap merah jambu semakin tebal apabila kenderaannya memasuki kawasan pusaran dan titisan air hujan kelihatan pada cermin hadapan sejurus sebelum rakaman video berakhir.
Dalam laman Facebook sama, terdapat satu lagi rakaman video kejadian pusaran angin merah jambu yang dirakamkan oleh seorang pemerhati.
Seorang netizen mengandaikan warna merah jambu yang kelihatan pada pusaran angin itu mungkin berpunca daripada pencemaran udara yang berlaku di kawasan tersebut.
Kredit foto: Facebook
Beberapa netizen pula menjelaskan kejadian itu dikenali sebagai 'kepala angin' yang lazimnya berlaku di kawasan tanah lapang.
Kredit foto: Facebook
Mungkin juga warna merah jambu itu terhasil daripada debu-debu tanah merah yang diterbangkan oleh angin yang membentuk pusaran. - CARI |