Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle bakal menyaman sebuah tabloid UK kerana menerbitkan dokumen sulit berupa surat yang ditulis oleh Meghan kepada ayahnya.
Ahad lalu, Putera Harry menuduh akhbar The Mail On Sunday (MOS) sengaja menyunting kandungan surat itu sedemikian rupa untuk mejatuhkan maruah Meghan.
Kredit foto: Carian Google
Beliau juga menuduh akhbar tersebut sengaja melancarkan kempen untuk memburuk-burukkan Meghan, sama seperti layanan akhbar terhadap mendiang ibunya, Puteri Diana yang meninggal dunia pada 1997 akibat kemalangan jalan raya ketika mengelakkan diri daripada dikejar paparazzi bermotosikal.
'Malangnya, isteri saya telah menjadi mangsa kerakusan akhbar tabloid UK tanpa mengira akibatnya, satu kempen kejam yang berterusan sepanjang dia mengandung sehinggalah kelahiran anak lelaki kami,' kata Putera Harry dalam satu kenyataan.
Kredit foto: Carian Google
Menurut sumber CNN, kenyataan itu ditulis sendiri oleh Putera Harry. Queen Elizabeth dan Putera Charles juga dikatakan sudah dimaklumkan mengenai tindakan yang akan diambil oleh beliau.
Sumber Istana menambah bahawa punca saman Putera Harry adalah tindakan akhbar The Mail menerbitkan surat peribadi Meghan kepada ayahnya, Thomas Markle pada Februari lalu sebelum perkahwinan mereka.
Kredit foto: Carian Google
Lebih memburukkan keadaan, akhbar itu sengaja menyunting sebahagian besar daripada surat itu.
Kredit foto: Carian Google
'Kami sudah tidak ada pilihan lain untuk menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab ini melainkan tindakan undang-undang,' tambah Putera Harry lagi.
Persoalannya, wajarkah tindakan Putera Harry menyaman akhbar tabloid ini? Dan sejauh manakah tindakan ini akan melindungi Meghan daripada tulisan-tulisan negatif pada masa akan datang? - CARI |