Raja Atiq mengakui dirinya mula mendapat perhatian dalam industri seni sejak memegang watak sampingan dalam drama Nur arahan Shahrulezad Mohammeddin.
Katanya, watak sebagai adik kepada Ustaz Adam begitu memberi kesan pada hidupnya.
Bermula dari situ, dia menerima pelbagai tawaran berlakon dan baru-baru ini pula dicalonkan sebagai salah seorang finalis Artis Baharu Lelaki Popular ABPBH ke-32.
Foto: Instagram Raja Atiq
Sungguhpun tidak memenangi anugerah tersebut, dia sangat bersyukur namanya tercalon dalam kelompok finalis dan bersemangat untuk meningkatkan lagi usaha dalam bidang lakonan pada masa akan datang.
Dia juga tidak kisah dipandang serong dengan prinsip hidupnya yang tidak mahu menyentuh wanita dalam mana-mana lakonan walaupun sudah mencapai populariti dalam industri.
Percaya rezeki datang daripada Allah dan dia mahu terus bekerja keras mencari rezeki yang halal walaupun bukan dalam bidang seni.
Kini, nama Raja Atiq telah ditukar kepada Atiq Azman untuk mengelak kekeliruan peminat dengan pelakon Raja Afiq.
Sejak tahun lepas, dia telah menggunakan nama singkatan barunya supaya tiada lagi pihak yang tersalah memanggilnya.
Semoga Atiq terus relevan dalam industri seni dan sentiasa bersikap rendah diri. Jangan mudah lupa diri atau terkena kejutan budaya jika semakin popular. Ambil pengajaran dari artis-artis senior. - CARI
|