Bukan sahaja menjual pelbagai ubat rangsangan seks haram, malah lebih ribuan alamat URL dikesan menyelitkan video berahi bagi menarik perhatian ramai.
Malah, mereka turut menggunakan gambar wanita bertudung untuk memasarkan pil rangsangan seks itu.
Memetik laporan Harian Metro, 3,156 URL berkaitan penjualan pelbagai produk haram dikesan sepanjang 2018 manakala 1,870 URL dikenal pasti sejak Januari 2019 hingga kini.
Kredit foto: carian internet
Jurucakap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga berkata iklan berahi bagi mempromosi produk rangsangan seks haram itu semakin menjadi-jadi selepas tindakan pihak KKM menyerbu kilang atau syarikat haram produk berkenaan.
“Bersandarkan pelbagai nama dan gambar profil palsu digunakan, siasatan mendapati ribuan URL baru diwujudkan dengan memfokuskan produk kesihatan tidak berdaftar dan pelbagai produk rangsangan seks haram,” katanya.
“Lebih memalukan apabila gambar gadis atau wanita bertudung turut dijaja melalui laman sosial yang diselitkan perkataan berbaur lucah.
Kredit foto: Harian Metro
“Tindakan ini bukan hanya mencemarkan imej Islam, malah jelas menjatuhkan maruah wanita Islam yang sengaja dikaitkan dengan aktiviti seks secara terbuka,” katanya lagi.
Menurutnya lagi, video dan gambar panas itu menimbulkan rasa marah dan kurang senang di kalangan warganet. - CARI |