Astro menafikan pemilihan penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang sebagai juri tetap rancangan hiburan Popular Gegar Vaganza keenam (GV6) adalah kerana tidak berpuas hati dengan juri sebelum ini, Datuk Khadijah Ibrahim.
Ini kerana penukaran juri tetap dibuat bagi mengelakkan 'conflict of interest'.
Google
"Salah seorang peserta GV6 iaitu Hairie dari Kumpulan Kool adalah anak saudara kepada Datuk Khaty sendiri. Jadi, kita cuba elakkan bias pada kemudian hari," kata Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Kamal.
google
Sementara itu, Hetty turut berkongsi rasa terujanya untuk kembali menjadi juri GV6.
Terdahulu, Hetty pernah diundang sebagai juri tetap rancangan sama pada musim keempat, tahun 2017.
Sepanjang bersiaran selama lima musim, trademark Khaty menyampaikan salam sangat sinonim hingga memberikan perbezaan pendapat dalam kalangan warganet.
Antara barisan juri pada finale 2015
Ada yang terhibur dan ternanti-nantikan slot tersebut manakala yang lain pula rasa menyampah kerana ianya hanya membuang masa.
Walau siapapun juri, mesti ramai yang tak sabar menantikan Gegar Vaganza keenam nanti kan? - CARI
|