Sudahlah mabuk kemudian bahayakan nyawa orang lain sehingga kemalangan malah bersikap kurang ajar pula!
Semalam viral di media sosial apabila sebuah klip video menunjukkan sebuah kereta Honda yang dipandu secara berbahaya dipercayai di bawah pengaruh alkohol sebelum terbabas sendiri.
Video itu dirakam oleh seorang anggota polis dikenali sebagai Eijarm Al-Fayed sebelum dimuat naik ke laman Facebooknya. Namun, video itu telah terpadam akibat di'report' oleh beberapa pihak.
Walau bagaimanapun, dalam video tersebut, pegawai polis tersebut dilihat sedang mengejar kereta yang dipandu secara merbahaya itu sebelum terbabas ke bahu jalan.
"You siapa mintak my id?"
Ketika ditahan, pemandu kereta berkenaan merupakan remaja dalam linkungan 20-an dan sedang berada dalam keadaan mabuk. Menurut anggota polis terbabit, apa yang dikesalkan adalah niat beliau untuk membantu dibalas dengan sikap kurang ajar remaja terbabit.
Tambahnya lagi, kereta itu dipandu oleh seorang remaja lelaki dan dua orang perempuan remaja, bertindak berkelakuan biadab sehingga menaikkan suara kepadanya.
Kena tuduh minta duit pula..
Netizen yang melihat video tersebut ternyata berang dengan sikap remaja terbabit. Sudahlah menyusahkan orang, biadap pula.
Apa-apapun, janganlah kita memandu di bawah pengaruh alkohol. Hidup jangan menyusahkan orang ya! - CARI
|