Menjadi negara yang paling tinggi statistik kemalangan di jalan raya amat menyedihkan. Apatah lagi ianya membabitkan tragedi yang sebenarnya boleh dielakkan awal. Misalnya, minat membawa motosikal besar antara aktiviti menyihatkan, namun ia juga menyumbang kepada kemalangan maut dan juga ada yang cacat kekal.
Dr.Mahyuddin menerusi ciapannya di Twitter memohon agar mereka yang mempunyai hobi bermotosikal besar ini meninggalkan minat tersebut serta mencari hobi lain.
Permintaannya ini mendapat respon yang berbelah bahagi dari warganet.
Kredit foto: Twitter
IG
Membawa motor dengan laju di laluan paling kanan, memotong kereta, berkonvoi di jalan raya, ego dan akhirnya menyumbang pada kemalangan maut antara yang perlu dihadapi oleh golongan ini.
Biarpun ia tidak mencerminkan keseluruhan penunggang motosikal berkuasa tinggi, namun realitinya, ramai wanita yang menjadi balu dan anak kehilangan bapa kerana pemergian orang kesayangan mereka ini.
Lantaran itu, ramai yang turut berkongsi cerita mengenai kehilangan yang dialami oleh mereka seperti ayah, jiran dan rakan-rakan.
IG
Bagaimanapun, bagi penunggang itu sendiri, mereka sudah pun mengambil langkah berjaga-jaga ketika berada di jalan raya. Mereka belajar 'safe riding' yakni jangan terikut 'rider' lain, memecut bila yakin dan jalan 'clear'.
Selain itu, mereka juga peka dengan kelemahan seperti 'counter steering' bila di selekoh, memasang kamera depan belakang dan sebagainya. Jadi, jika ada kemalangan itu adalah takdir.
IG
Justeru itu, hobi bermotosikal berkuasa tinggi ini adalah hobi mewah kerana harganya ada yang mencecah ratusan ribu ringgit. Adakah itu takdir? Namun semurah itukah harga sebuah nyawa? - CARI |