Setiap wanita mempunyai susuk tubuh berbeza dan tidak semua gaya pemakaian sesuai dengan tubuh. Oleh itu, jom kenali tubuh anda dan cara pemakaian yang sesuai agar tampil lebih anggun.
1. Tubuh berbentuk lurus
- Kurus tidak bermakna semua pakaian boleh di sarung oleh si pemakai bertubuh lurus kerana pakaian wanita kebanyakannya berbentuk langsing.
- Untuk memberi kesan langsing, elak pakaian ketat dan pilihlah pakaian yang bahannya mengembang seperti chiffon atau ruffle.
2. Tubuh berbentuk epal
- Lemak berkumpul di bahagian pinggul dan perut membuatkan anda sukar untuk memilih gaun kerana takut kelihatan gemuk.
- Jauhi pakaian spandex atau ketat dan cari jenis longgar bagi menutupi bahagian pinggang.
- Pilih gaun atau baju berbentuk A dan berwarna gelap agar kelihatan langsing.
3. Tubuh berbentuk pear
- Bentuk tubuh begini kelihatan langsing dibahagian atas namun lebar dibahagian paha.
- Aksesori leher yang sesuai membantu paha anda kelihatan seimbang dengan bahagian atas.
- Jauhi pakaian yang melekap di tubuh atau seluar ketat.
4. Tubuh berbentuk jam pasir. ( Tubuh dambaan wanita )
- Tubuh seperti ini sememangnya idaman setiap wanita. Pelbagai jenis pakaian boleh dikenakan oleh mereka yang bertubuh begini.
- Sarungkan pakaian peplum, renda atau gaun sequin untuk kelihatan lebih seksi.
Namun, wanita yang memiliki tubuh seperti epal, anda perlu berwaspada!. Dalam kajian terkini yang diterbitkan oleh European Heart Journal, pengkaji telah mengkaji 2,683 wanita dalam tempoh 18 tahun.
Ihsan : Google
Hasil kajian mendapati,
- Wanita yang memilki bentuk badan seperti buah epal dengan pengumpulan lemak di perut dan kurang lemak di kaki, mempunyai risiko tiga kali ganda untuk mendapat penyakit jantung berbanding wanita yang bertubuh seperti buah pear.
- Pengumpulan lemak di perut sebenarnya termasuk lemak yang menyelaputi organ organ di abdomen seperti pankreas,buah pinggang dan hati. Lemak ini menyebabkan penyakit metabolisma seperti kencing manis.
Ihsan : Google
Ukur lilit pinggang yang besar iaitu melebihi 85 sentimeter bagi lelaki dan 80 sentimeter bagi wanita, menunjukkan lemak lebih banyak berkumpul pada bahagian abdomen.
Pengkaji mencadangkan, agar wanita yang memiliki bentuk badan epal untuk mengurangkan lemak di perut dan menjadi seperti tubuh buah pear.
Caranya ialah dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat, gula, lemak dan makanan bergoreng, tetapi lebihkan sayur serta buah-buahan.
Kredit Foto - Health Magazine
Perkara pertama yang perlu dilakukan bagi mengurangkan lemak di perut atau mencapai berat badan ideal adalah berazam dalam hati dan fikirkan bahawa hanya kita yang mampu mengubah diri kita.
Lakukanlah dengan perlahan tetapi konsisten. Ingatlah bahawa 'mencegah itu lebih baik daripada mengubati'. Semoga info ini bermanfaat. - CARI |