Nampaknya belum tamat lagi cerita cerita di sebalik majlis anugerah ABPBH 32 yang berlangsung baru-baru ini.
Nampak gaya fesyen Ara Johari menjadi perhatian apabila gayanya yang ternyata lain daripada yang lain.
Berseluar pendek, berstokin panjang...
Ketika upacara karpet merah, Ara Johari kelihatan selesa menggayakan sut berwarna biru cair dan turut bergambar dengan penyanyi baru, Marsya Masyitah.
Namun, gaya yang dibawakan Ara nampaknya menjadi buah mulut dan bahan ketawa netizen apabila dikatakan beliau tidak sesuai berpakai seperti itu.
Netizen mengecam rekaan sut yang dihasilkan oleh Alfian and the Suits itu dan menyamakan Ara seperti budak pengakap dan macam pekerja di ladang getah pada zaman British.
Feeling-feeling zaman British..
Seperti pengakap pula!
Sabar je la Ara, lain kali mungkin kena dapatkan nasihat daripada rakan-rakan sebelum menggayakan sesuatu pakaian ke majlis seperti ini, kalau tak jenuh hadap kecaman netizen! - CARI
|