CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 10648|Reply: 125

[Tempatan] Dua hero gaduh gempar di plaza tol akhirnya mendapat ganjaran tunai

[Copy link]
Post time 20-9-2019 11:48 AM | Show all posts |Read mode



“SEPATUTNYA kamu sabar dan menjadi contoh baik kepada orang bukan Islam. Isteri kamu pula patut baik pulih keadaan dan bukan biarkan suami bergaduh,” kata Majistret Noorasyikin Sahat terhadap Mohamad Fazrien Mohd Ziear.

“Kamu pula Ng (Ng Whye Hoong) sudah matang dan sepatutnya boleh berfikir. Kamu tidak malu jika nanti bila sudah tua anak-anak lihat video yang tular ini?” tambah beliau lagi.

Majistret Noorasyikin menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM1,000 kepada kedua-dua tertuduh itu yang mengaku bersalah bergaduh sesama sendiri di Plaza Tol Bukit Kiara, Selasa lalu.

Jika gagal bayar denda itu, Mohamad Fazrien, yang bekerja sendiri dan Pengurus Teknologi Maklumat, Ng boleh dikenakan penjara sebulan.

Mereka didakwa bersama-sama melakukan gaduh gempar di tempat awam iaitu di Plaza Tol Bukit Kiara, dekat Kuala Lumpur, 4.30 petang, 17 September lalu.

Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau dengan denda maksimum RM1,000, atau kedua-duanya sekali.

Selasa lalu, tular di media sosial memaparkan dua lelaki bertumbuk di Plaza Tol Bukit Kiara sehingga cedera satu sama lain.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki yang memandu van dalam perjalanan dari Wangsa Maju ke Petaling Jaya, Selangor.

Setibanya di Kerinchi Link, sebuah kereta yang dipandu seorang lagi lelaki memotong van terbabit sebelum menekan brek di hadapan kenderaan itu.

Rakaman itu dipercayai dibuat oleh isteri kepada seorang daripada pemandu berkenaan.

Difahamkan Mohamad Fazrien ada membuat kutipan wang melalui laman Facebook miliknya bagi membayar denda.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 September 2019 @ 11:31 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2019 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh napa nak kutip derma
Tak malu betul
Kalau tiada duit masuk lah penjara
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 11:58 AM | Show all posts
miskin sangat ke rm1000 pun tak ada..
dari derma kat dia yang tak berfaedah, baik i derma kat orang sakit kronik..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 11:59 AM | Show all posts
Edited by tripleid at 20-9-2019 12:01 PM

puaka2 amno x nak jadikan kes ni isu perkauman ka.peluang baik ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 12:01 PM | Show all posts
mak aih? siap mintak kutipan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 20-9-2019 11:58 AM
miskin sangat ke rm1000 pun tak ada..
dari derma kat dia yang tak berfaedah, baik i derma kat orang ...

Kan...iols.slalu.tgk.kat website kitafund tu
Alahai..sedih btol tgk bebudak yang kena sakit kronik....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2019 12:02 PM | Show all posts
patut penjarakan bini dia skali,
bini jadi tukang kipas,

pstu biar bergaduh dpn ank sndiri
apa punya mak la..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai ke yg bg derma.. Mcm bodo je bg derma utk benda gini. Pandai gaduh pandai lah settle sendiri. Dh tau sengkek pandai2 lah kawal kemarahan. Ni mesti karang ayat berjela kt fb ala2 teraniaya oleh cina sepet yg sombong n makin naik lemak sejak DAP berkuasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2019 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn2 blakon je 2 org ni..duit derma bahagi 2..btw fazrien tu nmpk sdp jgk..
@Kurex
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 12:05 PM | Show all posts
Moga jadi pengajaran buat yang lain jangan suka bertindak ikut perasaan
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 12:05 PM | Show all posts
Macam-macam orang ni. Bagus dapat sama2 denda.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 12:08 PM | Show all posts
salah sendiri..kena denda pastu kutip derma
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 12:09 PM | Show all posts
cash dua2.... so acah2 panglima hero melayu pukida semua tu dah derma ke?? ptuihhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Bini batu api neraka. Mampos dpt bini mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 12:12 PM | Show all posts
hukuman penjara sehari DAN denda RM1,000...

masalahnya 1k pun nak minta derma kat fb? guna alasan perkauman tak?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 12:21 PM | Show all posts
Apa bangang nak salahkan Fazrien. Tak nampak ke sepet buncit tu pergi melalak kat luar pintu macam  haram. Takkan nak duduk dalam van macam pengecut saja. Korang bapok boleh la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2019 12:31 PM | Show all posts
helok la tu....bagus judge ni, make sense skit...bior adil dan saksama gitu hukumannya...sebab dedua mnunjukkan kebengongan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 12:32 PM | Show all posts
lori tuh pun salah gak...xsedor diri...dh kenapa menggatal2 duk lane kanan?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 12:36 PM | Show all posts
dua2 bodoh, dua2 salah sendiri... padan muka je la aku bagi kat ampa..
sapa yang derma sama bodoh dgn drg..eh..lebih sikit bodoh dr drg
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2019 12:37 PM | Show all posts
lenkali klu nk gaduh pastikan byk duit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 11:06 PM GMT+8 , Processed in 1.030574 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list