Bagi usahawan, promosi adalah aspek penting perniagaan. Ramai sanggup melabur jutaan ringgit untuk promosi supaya produk dan perkhidmatan dijual mereka dikenali ramai. Tetapi, kadang-kadang promosi datang dengan cara tak terduga, orang kata "rezeki bergolek" bila selebriti mempromosi produk mereka tanpa diminta atau dibayar.
Begitulah yang berlaku kepada penguasaha air Hausboom, apabila botol minuman mereka menjadi "prop" bergambar bintang Korea terkenal di negara itu sehingga mencetuskan kegilaan peminat mereka.
Menerusi catatan Facebooknya, pemilik Hausboom meluahkan rasa bersyukur kerana promosi percuma sebegitu sangat susah berlaku dalam dunia yang semuanya duit sekarang. Bintang Korea pula tu!
Stray Kids promosi Hausboom. Foto: Twitter
Dikatakan, air minuman Hausboom itu digunakan untuk sebuah sesi penggambaran menampilkan penyanyi kumpulan Stray Kids yang terkenal di Korea untuk sebuah majalah di sana.
Stray Kids adalah kumpulan penyanyi lelaki bawah naungan JYP Entertainment, salah sebuah syarikat hiburan terbesar di sana. Nak kata Hausboom ni bayar, rasanya memang tak mampu la kot. Artis JYP memang mahal.
Pemilik Hausboom itu turut meluahkan rasa syukurnya kerana di saat produknya "dihentam", Tuhan turunkan rezeki tak terduga ini.
Malah, perkara itu turut menjadi bualan di Twitter apabila ramai peminat Stray Kids ini mahu mencuba Hausboom, jenama minuman yang mereka sendiri tak kenal sebelum ini.
Untunglah kan. Jadi, ada yang mahu promosi CARI sampai ke bintang Korea tak? - CARI |