View: 9467|Reply: 89
|
Tidak Berperikemanusiaan! Ratusan Penduduk Paya Jaras Merempat Selepas Rumah Dir
[Copy link]
|
|
Tindakan merobohkan rumah-rumah penduduk berhampiran Sungai Kedondong, Paya Jaras, Selangor dimulakan pada 19 September. Penduduk menuntut pembelaan daripada Amirudin Shari (gambar kecil, kiri) dan Mohd Khairuddin Othman (gambar kecil, kanan). Kredit foto: Facebook/Tan Sri Noh Omar & Portal SUK Negeri Selangor
Kira-kira 250 penduduk yang mendiami 92 rumah di kawasan berhampiran Sungai Kedondong, Paya Jaras, Selangor berdepan nasib tidak menentu apabila kerajaan negeri Selangor melaksanakan tindakan meroboh kediaman mereka mulai 19 September.
Difahamkan, tiada rumah sementara yang disediakan oleh pihak bertanggungjawab bagi memastikan semua penduduk terbabit dapat hidup dengan selesa sebelum beroleh kediaman baharu.
Melihat kepada gambar-gambar yang tular dalam media sosial, penduduk termasuk kanak-kanak terpaksa berlindung di bawah khemah terbuka yang didirikan sekali gus mendedahkan mereka kepada risiko kesihatan akibat jerebu tebal yang melanda negara ketika ini.
Khemah terbuka didirikan sebagai tempat perlindungan sementara. Kredit foto: Facebook / Tan Sri Noh Omar
Kerajaan negeri Selangor mengambil tindakan itu bagi membolehkan tanah yang didiami penduduk diambil untuk projek pelebaran Sungai Kedondong yang bertujuan mencegah banjir.
Walaupun tindakan tersebut dilakukan mengikut undang-undang, penduduk yang terjejas kesal kerana kerajaan negeri Selangor seolah-olah bersikap tidak berperikemanusiaan walaupun mereka telah memohon penangguhan sehingga hujung tahun ini.
Kekesalan itu diluahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk Paya Jaras Hilir, Azroy Manaf dalam surat terbuka kepada Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan Ahli Dewangan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman.
Perhimpunan aman oleh penduduk meminta wakil rakyat mereka menunaikan janji. Kredit foto: Facebook
Dia menjelaskan, penangguhan itu diminta bagi membolehkan penduduk membuat persediaan untuk berpindah ke rumah sewa dan keselesaan kepada anak-anak yang akan menduduki peperiksaan.
"Tetapi DATO' Menteri Besar & YB selaku ADUN kami tidak langsung menyebelahi penduduk dan malah menindas kami sebagai rakyat dan anak jati Selangor. Kami akan ingat HARI ini dan DETIK ini.
"Dan kami akan bukukan SEJARAH HARI INI, sebagai SEJARAH HITAM dalam hidup kami sewaktu Era Kepimpinan MB & YB sekarang.
"Sewaktu MB & YB lena tidur di Rumah berkatilkan Tilam Empuk. Ingatlah ada Rakyat MB & YB yang bakal merempat tiada tempat tinggal dan tidur berlantaikan tanah bertilamkan hamparan kertas di Negeri Selangor yang Maju ini," katanya.
Azroy turut mengingatkan kepada pemimpin-pemimpin terbabit bahawa mereka akan di cari di akhirat nanti dan penduduk akan menyampaikan serta mengingatkan anak-anak mereka tentang tragedi itu supaya mereka tidak tersalah memilih pemimpin pada masa akan datang.
Sementara itu, memetik laporan TVSelangor, Amiruddin menyifatkan isu perobohan rumah penduduk di Kampung Paya Jaras itu sengaja diperbesarkan dan dijadikan mainan politik pihak tidak bertanggungjawab.
"Yang Berhormat Setiausaha Kerajaaan Negeri (Selangor) telah dua kali dipanggil oleh Jabatan Audit (Negara) kerana projek itu tidak boleh berjalan dan kekangan utama ialah kerana penduduk-penduduk ini yang terutama plot C dan D ini tidak keluar dan untuk diteruskan projek.
"Dan effectnya, Paya Jaras saya ingat sudah dua kali ke tiga kali banjir dalam tempoh satu tahun setengah ke belakang dan ribuan yang mendapatkan kesan langsung dan tidak langsung," katanya.
Walaupun tindakan diambil mengikut undang-undang, aspek kemanusiaan juga sewajarnya diberi perhatian oleh pihak bertanggungjawab agar kebajikan penduduk terutamanya kanak-kanak yang masih kecil tidak diabaikan. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
thread agak sama dah ada.tak payah buka byk sgt |
|
|
|
|
|
|
|
CASH lah....majoritas Indon yg duduk kt situ |
|
|
|
|
|
|
|
hek eleh dah siap buatkan khemah pun banyak bunyi. emang dasarnya merempatttttt |
|
|
|
|
|
|
|
umah papan ke umah batu?
skit punya kalering umah |
|
|
|
|
|
|
|
Lantak lah .indon setinggan sialan |
|
|
|
|
|
|
|
Korang pegi bina kuil lepas tu duduk dalam tu, nescaya takkan kena roboh |
|
|
|
|
|
|
|
whatever it is, please refer pada geran ye.. tanah tu tanah ape.. kalau rasa dianiaya, saman la ape lg.. propa sgt yindon.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dh ikut undang2, nak bantah apanya lagi?
Kata dh mintak tangguh sampai cukup tahun utk cari kediaman baru. Jap g dah cukup masa mintak lagi tempoh, bagi tempoh pastu mintak tempoh lagi dan lagi dan lagi dan lagi...pastu bg alas an anak nk exam pulak (sedangkan 2 3 tahun sebelum tu anak belum nk exam tak de lak sibuk nk usaha cari umah baru.
Golongan yindo ni mmg la...kalau boleh nk duduk dalam kelompok mereka jugak, pastu kalau boleh nk beranak, bercucu, bercicit kat tempt yg sama. |
|
|
|
|
|
|
|
takat penuh indon dgn nepal..selayaknya kena roboh...kalau nk bg bonus tangkap sekali htr balik negara masing2...apa citer plak ada rakyat malaysia pulak celah2 situ... |
|
|
|
|
|
|
|
moonbug replied at 20-9-2019 01:08 PM
Korang pegi bina kuil lepas tu duduk dalam tu, nescaya takkan kena roboh
sabo je la... anyways kes kuil tu tanahnya milik persendirian... yg Paya Jaras ni tanah rizab sungai milik kerajaan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Situ penuh indon beranak pinak pacak rumah.hoiii dasarrr. Baik bg tanah kt rakyat msia. Ko igt ni tmpat indon ke main pacak2 |
|
|
|
|
|
|
|
natrahn replied at 20-9-2019 01:43 PM
sabo je la... anyways kes kuil tu tanahnya milik persendirian... yg Paya Jaras ni tanah rizab sung ...
saja je. Yang penting dua-dua pemilik tanah bukan main sondol je, ikut saluran undang-undang kan. Yang occupy tanah secara haram ni drama lebih. Apa diorang expect pacak je tiang terus boleh claim hakmilik ke macam mana |
|
|
|
|
|
|
|
sayang_mulut replied at 20-9-2019 12:15 PM
banyak indon kan sini..
Kalu bnyk indo.. So jgn la Nak bising balik negara indo sana |
|
|
|
|
|
|
|
dah duduk tanah free lagi mau komplen.. |
|
|
|
|
|
|
|
di Sabah banyak mcm ini indon, piliping duduk tanah kampung...aman aman ja...YB takut.. |
|
|
|
|
|
|
|
Paya jaras ni mmg sesak ..penempatan setinggan rupanye...indon yg beranak pinak pun ramai |
|
|
|
|
|
|
|
Meh kita anto pegawai imi ke khemah tu..nak ke?silap2 ke dlm depot mereka ni..lagu mau komplen acah2 mangsa...indon oh indon.. |
|
|
|
|
|
|
|
Penempatan indon kann?
Sejak bila jadi perkampungan melayu
Aku baca kat twitter ... pelik2 kata melayu teraniaya bagai
Dah rizab sungai ..... memang patutlah ....
Xperlu rasanya nak play victim kot
Plus ada yang dapat pampasan rumah
Forumerrr jommmmmmm buat rumah kat rizab sungai
Boleh dapat rumah |
|
|
|
|
|
|
| |
|