|
Edited by BicaraHatiku at 20-9-2019 09:57 AM
Pelakon Zed Zaidi yang juga Presiden kepada Persatuan SENIMAN Malaysia "naik hantu" gara-gara musibah jerebu yang melanda tanahair ketika ini.
Dalam satu posting yang terbaru di akaun Instagram miliknya, pelakon Sembilu 2005 yang terkenal dengan kenyataannya yang vokal, mempersoalkan tindakan pihak-pihak berwajib dalam menangani isu jerubu yang semakin meruncing di negara kita.
Zed mempersoalkan tindakan pihak sekolah yang enggan menutup sekolah anaknya di Kuala Lumpur walaupun Index Pencemaran Udara (IPU) berada ditahap kritikal iaitu 200. Tambah menyedihkan lagi, anak pelakon Sembilu 2005 dan juga Gila- Gila Pengantin Remaja ini terpaksa dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas dan hidung berdarah.
Bagaikan jatuh ditimpa tangga, menurut Zed lagi pihak hospital pula mengambil pendekatan "kunci mulut".
"Ni hidung anak dah berdarah, sakit tekak dan sesak nafas pergi hospital pun cakap tiada apa-apa," keluh Zed atau kini digelar Lt.Kol (K) Rozaidi Bin Abd Jamil K.M.N.
"Hmm..ni lagi satu KEMENTERIAN KESIHATAN sama BODOH! dengan KEMENTERIAN PENDIDIKAN,".
Sebanyak 1,603 buah sekolah di lapan negeri diarahkan tutup ekoran bacaan IPU yang berbahaya.
|
|