Seorang lelaki dipercayai terbabit dalam penyebaran video lucah seorang wanita yang bertugas di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, ditahan pihak polis, semalam.
Memetik laporan Harian Metro, suspek dipercayai merupakan bekas teman lelaki wanita terbabit ditahan di rumahnya di Telok Panglima Garang, 6.30 petang semalam.
Kredit foto: Carian internet
"Semalam polis menahan seorang lelaki berusia 22 tahun berdasarkan aduan daripada mangsa.
“Buat masa ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung pembabitan suspek terhadap penyebaran video berkenaan di media sosial," kata Ketua Polis KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamsah.
Selain itu, polis turut merampas dua telefon pintar daripada suspek.
Terdahulu, sebanyak sembilan klip video memaparkan aksi lucah seorang wanita berpakaian seragam tersebar di media sosial pada 6 September lalu.- CARI |