View: 1589|Reply: 13
|
Bapa Campak Bayi Dalam Sungai Sebelum Masuk Pub
[Copy link]
|
|
Bayi lelaki berusia 11 bulan maut selepas dicampak ke sungai dari sebuah jambatan sebelum suspek dilihat mengunjungi pub berhampiran.
Lelaki berusia 22 tahun yang dipercayai bapa kepada mangsa ditahan di pub Lock Keeper di Radcliffe, Greater Manchester kira-kira jam 4.30 petang semalam, lapor The Sun.
Menurut saksi, sejurus tindakan kejamnya itu, lelaki terbabit berjalan menuju ke pub berkenaan dan dilihat memesan minuman.
Suspek ditahan beberapa minit kemudian selepas polis menerima aduan.
Difahamkan, anggota bomba menyelamatkan bayi itu kira-kira 100 meter dari jambatan berkenaan.
Bagaimanapun, paramedik kemudian mengesahkan mangsa meninggal dunia dan polis melancarkan siasatan berhubung kejadian.
Menurut anak perempuan pelayan bar di situ, suspek berkata dia tidak memiliki wang ketika memesan minuman sebelum ramai orang datang dan menjerit terdapat bayi terjatuh dalam sungai.
Namun, suspek dilihat tidak menunjukkan sebarang reaksi sebelum memberitahu salah seorang pelanggan bahawa dia baru sahaja mencampakkan bayinya ke dalam sungai berkenaan.
Foto: The Sun
Dua jentera bomba, ambulans dan helikopter polis dikerahkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian.
Superintendan Detektif Jamie Daniels berkata, pihaknya sudah menahan suspek dan sedang menyiasat motif pembunuhan itu. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mental x btl |
|
|
|
|
|
|
|
ummah kokesen pujaan meleis pprt |
|
|
|
|
|
|
|
bangga pulak tu cakap ngan orang lain baru campak bayi |
|
|
|
|
|
|
|
Mental ler tu sebab tak sedia nak ada anak tetiba gf bagi suruh bela |
|
|
|
|
|
|
|
ini kena sindrom meroyan jugak ker? |
|
|
|
|
|
|
|
gilo.. xready jd bapak kot nye |
|
|
|
|
|
|
|
Muda lagi tu 22 tahun...pakailah safety kalau belum ready nak jadi bapa..ehhh..suka betul buat..tapi jaga stress..kalau x mampu beli safety jangan buat... |
|
|
|
|
|
|
|
mata.kail replied at 12-9-2019 05:39 PM
Muda lagi tu 22 tahun...pakailah safety kalau belum ready nak jadi bapa..ehhh..suka betul buat..tapi ...
Kokesen klas blakang grammar hazab mana hada mahu pakai safety2. Yang deyol tahu ngesek then beranak macam lipas jah. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 12-9-2019 09:28 PM
Kokesen klas blakang grammar hazab mana hada mahu pakai safety2. Yang deyol tahu ngesek then beran ...
Kokesen pun mcm rohingya jugakk.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|