Sejak kebelakangan ini timbul isu panas supaya orang Melayu mengutamakan produk dan perkhidmatan diberikan orang Melayu juga. Tidak terkecuali adalah perniagaan di Mara Digital yang bagai segan mati tak mahu.
Seorang pengguna Twitter baru-baru ini menyeru supaya pelanggan datang ke Mara Digital berbanding Low Yat atas dasar "tolong orang Melayu".
Seruan itu bagaimanapun mendapat kecaman warganet, yang mendakwa mereka pernah ditipu di sana.
Malah, perkhidmatan peniaga di Mara Digital juga dikatakan teruk dan tidak mesra pengguna.
Ada juga pengguna Twitter yang mendakwa bekas peniaga di situ menyalahkan Mara yang tidak berbuat apa-apa untuk menaikkan jualan. Tiada promosi dan sebagainya.
Malah, kawasan parking pun susah nak dapat!
Anda pernah ada pengalaman membeli di Mara Digital? Atau anda pun tak pernah tahu di mana letaknya Mara Digital ni sebenarnya?
Jika benar seperti dikata, takkan pengguna nak korbankan hak mereka semata-mata hendak tolong peniaga atas dasar Melayu kan? - CARI |