Jika sebelum ini ramai loya tekak dengan Pizza Durian Cheese, bagaimana pula jika KFC mengeluarkan nuget ayam durian?
BACA JUGA: Boleh Masuk Tekak Tak Ni?
Terasa nak muntah? Jangan risau kerana ia hanya dijual di China sahaja.
Menu terbaru “Durian Exploding Chicken Nuggets" keluaran KFC China ini sama seperti nuget ayam biasa dengan tambahan krim durian sebagai intinya.
Ia dijual 11.50 yuan (RM6.80) sekotak untuk empat keping nuget.
Memetik Shanghaiist, menu baru ini dikeluarkan minggu lepas dan dikatakan, ramai rakyatnya teruja untuk mencuba nuget ayam durian itu.
Kredit foto: KFC/Shanghaiist
Malah, rata-rata komen di media sosial memuji menu baru itu enak dan tidak berasa pelik dimakan.
Lalukah anda mahu mencubanya? - CARI |