Untuk kebanyakan orang, dalam hidup mesti ada pengalaman paling kurang sekali jatuh miskin. Banyak sebab ia terjadi, mungkin sebab sedang belajar duit habis, kena buang kerja, bergaduh dengan keluarga dan pelbagai lagi puncanya.
Dan selalunya tempoh miskin itu sangat menyedarkan kita, betapa pentingnya duit untuk kehidupan. Baru-baru ini seorang pengguna Twitter memulakan kisah pengalaman miskinnya yang pernah tidak bekerja lebih enam bulan, hutang berpuluh ribu dan hanya makan nasi putih dan telur kicap sahaja. Tweetnya itu tular kerana rupa-rupanya ramai orang sebenarnya yang pernah jatuh miskin.
Pernah miskin? Foto: Twitter
Ada juga yang pernah kutip siling untuk bayar makan dan top up telefon. Pernah buat?
Kutip siling buat makan. Foto: Twitter
Ada juga yang kreatif sikit, makan roti dengan jem mintak di kedai 7e.
Boleh cuba ni. Foto: Twitter
Budak universiti pula kreatif, masuk hutan buru ayam wak-wak! Siapa yang pernah berjimat makan di masjid universiti tiap-tiap hari?
Masuk hutan? Foto: Twitter
Ada juga yang susah waktu sekarang, hanya makan biskut dan milo sahaja, nasib baik dibantu oleh orang tak dikenali.
Biskut dan milo. Foto: Twitter
Anda ada pengalaman sama jatuh miskin sampai kena kawal makan, kutip siling atau tidur tepi jalan? Cuba kongsi sikit...- CARI
|