Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa akhirnya selamat disatukan selepas kira-kira lapan tahun berkawan baik. Pasangan pengantin baru ini bagaimanapun menerima kecaman hebat gara-gara video Ardell dilihat terlalu malu-malu dan menggigil ketika sesi membatalkan air sembahyang.
Nadzmi yang kini suami Ardell akhirnya menjawab kecaman tersebut menerusi entri di Instagramnya. Yalah, siapa lagi nak bela isteri kalau bukan suami.
Isteri dalam proses pemulihan
Nadzmi meminta warganet berhenti menghina isterinya yang sedang dalam proses pemulihan akibat mengalami anxiety disorder (gangguan kebimbangan), serta kemurungan yang agak teruk sebelum ini.
"Anxiety boleh terjadi bila bila masa sahaja pada isteri saya, bukan hanya pada hari pernikahan kami malah dari sebelum ini lagi. Apabila terlalu ramai dihadapannya, isteri saya terlalu terkejut sehingga menyebabkan panic attack (serangan panik)," ujar Nadzmi dalam entri tersebut.
Jangan HINA isteri saya
"Saya mohon jagalah hati kami suami isteri serta keluarga. Segala yang buruk datang dari kami, yang baik datang daripada Allah SWT. Terima kasih uuntk doa yang baik dan terima kasih juga untuk yang sebaliknya," katanya lagi mengakhiri entri tersebut.
Bersabarlah Nadzmi. Sesetengah netizen agak biadab dan tak menjaga bahasa di ruang maya. Mereka seakan suka pula menghina artis sedangkan diri sendiri belum cukup sempurna.
Kan lebih mudah, kalau tidak suka dengan seseorang artis, berhenti sahaja mengikuti media sosial mereka. - CARI
|