Gara-gara tidak dapat hadir menyelamatkan nyawa seorang pesakit, seorang doktor dibelasah seramai 250 pekebun ladang teh sehingga maut.
Mangsa, Deven Dutta, 73 seorang doktor di hospital dekat Estate Teh Teok, Assam meninggal dunia selepas dibelasah tanpa belas kasihan pada Sabtu, petik laporan NDTV.
Difahamkan, sebelum itu seorang pesakit Somra Majhi, 33 yang kritikal dibawa ke hospital oleh kenalannya pada petang Sabtu.
Kredit foto: carian internet
Namun, ketika tiba di hospital doktor yang bertugas dikatakan sedang bercuti.
Gagal diselamatkan, rakan dan keluarganya marah dengan keadaan itu. Mangsa, kemudiannya Dutta yang tiba di hospital pada sebelah petang, disambut sekumpulan pekebun yang berang dan memukulnya dalam sebuah bilik.
Mangsa sebenarnya sudah bersara sebelum menyambung khidmat di estet itu dan dianggap doktor paling senior di Assam.
Susulan itu, Persatuan Perubatan India mengadakan mogok dan menarik balik khidmat kecemasan di hospital estet di Jorhat, Assam.
Selain itu, seramai 21 suspek sudah ditahan pihak polis. - CARI |