CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2397|Reply: 2

Mahkamah Khas Nafkah

[Copy link]
Post time 4-9-2019 01:09 PM | Show all posts |Read mode
Mahkamah khas nafkah mula beroperasi hari ini
JUNHAIRI ALYASA | | 3 September 2019


PUTRAJAYA - Mahkamah Rendah Syariah (Bahagian Nafkah) yang bertujuan memendekkan tempoh penyelesaian kes daripada 14 bulan kepada enam bulan mula beroperasi hari ini.


Menerusi satu kenyataan dikeluarkan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, mahkamah itu mula beroperasi di Dewan Mahkamah Rendah Syariah (MRS) Wilayah Persekutuan.

"Untuk makluman, pendaftaran kes pertama pada hari ini akan menggunakan nombor pendaftaran kod kes mahkamah 14005 dan hakim syarie pertama yang diamanahkan mengendalikan kes di dewan MRS (Bahagian Nafkah) ialah Abdullah Zuhdee Ab Halim.

"Dengan beroperasinya MRS (Bahagian Nafkah) ini dijangka memendekkan tempoh penyelesaian kes daripada 14 bulan kepada enam bulan," katanya di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, pemerkasaan mahkamah syariah merupakan sebahagian daripada agenda utama kerajaan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan keadilan dapat diberikan sebaik mungkin kepada masyarakat.

Jelasnya, melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP), Program Pengkhususan Pengendalian Kes Hadanah dan Nafkah serta Pewujudan Bahagian Penguatkuasaan dan Pelaksanaan diwujudkan.

Selain itu, melalui program tersebut, fasa pasca bicara selepas perintah dikeluarkan juga diberikan penekanan.

"Perkara ini selari dengan prinsip syariah yang digariskan dalam risalatul qada bahawa tugas mahkamah syariah tidak terhenti setakat mengeluarkan perintah, bahkan perlu memastikan perintah dikeluarkan itu dilaksanakan sepenuhnya," katanya.

Justeru, pewujudan bahagian penguatkuasaan dan pelaksanaan bersama perjawatan bailif yang tiada di MSWP sebelum ini telah direncana dengan baik untuk program tersebut.

"Diharapkan dengan permulaan pelaksanaan program ini pada hari ini, dapat menjadi pencetus kepada usaha pemerkasaan mahkamah syariah di seluruh negara dan mendapat kerjasama semua pihak untuk dilengkapkan serta direalisasikan sebagaimana pakej keseluruhan program yang dirangka," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-9-2019 01:11 PM | Show all posts
pasti kita selalu dengar, dari kita mula kena hidup sampai lah ni hari.

kisah anak yang diabai nafkah dek ayah, nafkah isteri terabai etc.

moga satu anjakan yang bermanafaat pada ummah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2019 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Syabas. Semoga hak anak-anak mendapat pembelaan sewajarnya selepas ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.358519 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list