Syed Saddiq mendendangkan lagu Setia dengan sepenuh hati dan perasaan. Kredit foto: Twitter
Lagu patriotik yang berjudul Setia mula popular sekitar 1990-an sempena kempen Setia Bersama Rakyat (Semarak) yang dilancarkan pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri keempat ketika itu.
Kini, setelah Dr. Mahathir kembali menerajui kerajaan sebagai Perdana Menteri ketujuh, lagu gubahan Datuk Ahmad Dasilah dan Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat serta dendangan Francesca Peters itu muncul semula dengan nafas baharu.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyanyikan lagu Setia bersama Dr. Mahathir dan menteri-menteri Kabinet yang lain. Kelihatan Syed Saddiq di barisan belakang (paling kanan). Kredit foto: YouTube
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan mendendangkan lagu tersebut bersama Dr. Mahathir serta menteri-menteri Kabinet yang lain seperti yang dapat ditonton dalam satu rakaman video yang tular melalui YouTube.
Salah seorang menteri Kabinet yang menyumbangkan suara dalam rakaman video tersebut ialah Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Malah, beliau menyatakan Setia merupakan lagu patriotik kegemarannya dan menyanyikan lagu tersebut secara solo tanpa iringan muzik khusus untuk seluruh rakyat Malaysia melalui rakaman video yang disiarkan dalam Twitter miliknya.
">
Para netizen pula tidak melepaskan peluang untuk memainkan peranan sebagai juri tidak berbayar serta memberi komen mereka secara jujur dan ikhlas terhadap nyanyian Syed Saddiq.
Ada yang meniru gaya juri pertandingan lip sync yang popular 'I Can See Your Voice' siaran TV3 dengan mengemukakan soalan sama ada Syed Saddiq adalah penyanyi sebenar atau menyamar.
Beberapa netizen langsung tidak berselindung apabila mengkritik kualiti suara Ketua Armada Bersatu itu dengan menasihatkan beliau agar jangan menyanyi lagi.
Walau bagaimanapun, ada juga yang memuji suara Syed Saddiq khususnya netizen yang tergolong dalam kategori wanita muda.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Memang bagus Syed Saddiq berbuat demikian untuk menarik minat generasi muda terhadap lagu-lagu berunsur patriotik, cuma lebih elok jika lagu Setia didendangkan dalam alunan suara yang lebih merdu. - CARI |