Setiap manusia ingin merasa mencintai dan dicintai. Sudah jodoh, perkenalan selama 8 tahun akhirnya ke jinjang pelamin jua.
Aktress yang kini bergelar usahawan pakaian muslimah, Ardel Aryana sah bergelar isteri kepada pelakon muda dan juga aktif bergelar pengacara, Nadzmi Adhwa.
Sebelum ini, peminat sering berteka-teki dengan status hubungan mereka berdua kerana kelihatan amat mesra seperti pasangan bercinta. Namun, Ardel dan Nadzmi lebih suka berteka-teki mengenai status perhubungan mereka.
Menerusi Berita Harian, mereka berdua selamat diijabkabulkan pada jam 5.31 petang semalam. Memilih tarikh awal muharram sebagai tarikh bersejarah mereka berdua bergelar pasangan suami isteri, majlis akad nikah tersebut telah berlangsung di kediaman keluarga Ardel di Seri Kembangan. Majlis tersebut dihadiri kenalan dan ahli keluarga terdekat kedua-dua mempelai.
Hanya sekali lafaz..
Nadzmi telah selamat bernikah dengan Ardel hanya dengan sekali lafaz dan diiringi dengan RM 300 nilai mahar dan senaskah al-quran yang kemudian diberi kepada Ardel sebagai tanda pernikahan mereka. Selain itu, pasangan dua sejoli ini saling berbalas dua dulang hantaran.
Nadzmi juga dikhabarkan telah selamat mengkhatam al-quran pemberian Ardel yang diberi ketika majlis merisik. Namun, majlis pertunangan tidak dilakukan hanyalah majlis khatam Al-quran.
Ketika ditanya mengenai soal zuriat, mereka berdoa tidak menolak jika dikurniakan rezeki anak dalam tempoh terdekat namun disebabkan oleh komitmen kerja, mereka berdua perlu merancang terlebih dahulu.
Mengimbas kembali, kedua mempelai ini mula rapat sejak tahun 2015 lagi selepas penggambaran drama Namaku Bedah. Buat Ardel Aryana dan Nadzmi Adhwa, tahniah diucapkan dan selamat pengantin baru ya! - CARI
|