Kes seorang wanita mengaku dirinya bergelar 'Datin' yang menampar pengawal keselamatan yang telah tular di media sosial, wanita ini telah membuat kenyataan menerusi laman Facebooknya berhubung kejadian tersebut.
Menerusi entri tersebut, beliau mendakwa pengawal keselamatan tersebut bersikap biadap dan membuli penghantar makanan yang bertugas.
Malah, penghantar makanan yang terlibat dalam insiden itu turut tampil menjelaskan perkara sebenar yang terjadi pada hari itu.
Dalam entri lain, Sharina turut menjelaskan beliau telah cuba menuntut permohonan maaf dari pengawal keselamatan tersebut. Tetapi pengawal keselamatan bersikap acuh tak acuh untuk meminta maaf atas perbuatannya.
Menurut Sharina lagi, berita mengenai kes ini yang telah disiarkan oleh pihak akhbar ditarik kembali apabila cerita sebenar telah diketahui. Pihak syarikat pengawal keselamatan dan Jawatankuasa Pengurusan Kondominium juga akan menyiasat perkara ini dengan terpeinci.
Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik. - CARI
|